Achey Kesal Kenyataan Balu Harun Salim Bachik

Diterbitkan: Rabu, 25 November 2015 1:00 PM

Achey (kanan) dan Allahyarham Harun saling berkongsi masalah sebelum ini. Gambar dari Instagram Achey.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelawak Achey kesal dengan kenyataan yang dibuat balu Harun Salim Bachik iaitu Surianti Mohd Nor yang menuduh dia menipu mengenai kenyataannya kepada media bahawa dia pernah bertanyakan khabar keluarga itu.

Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 29, berkata, terdapat salah faham mengenai perkara tersebut kerana pertanyaan khabar itu sebenarnya diajukan kepada anak sulung bekas isteri pertama Harun dan bukannya melalui Surianti.

"Saya rasa perkara ini hanya salah faham sahaja. Sebenarnya, saya ada bertanya khabar mengenai keluarga arwah abang Harun. Dan pertanyaan itu diajukan kepada anak kepada isteri pertama arwah.

"Dah alang-alang bertanya, saya tanya sekali mengenai anak-anak isteri kedua arwah juga. Itu sahaja," katanya yang dihubungi mStar Online pada Rabu.

Pada Selasa, mStar Online melaporkan Surianti meluahkan perasaan terkilan dengan kenyataan Achey dalam sebuah portal hiburan kononnya sering bertanya khabar keluarga mereka, sedangkan ia tidak benar.

Malah, Surianti turut mendedahkan, dia juga tidak tahu-menahu mengenai status perniagaan arwah suaminya yang dikongsi bersama Achey dan beberapa orang lain selepas dikeluarkan daripada grup perniagaan tersebut.

Surianti juga bersama dua anaknya berhasrat pulang ke kampung halaman di Kulim, Kedah pada waktu terdekat gara-gara kesempitan hidup selepas kematian Harun pada Mac lalu.

SILA KLIK: Hidup Terhimpit, Balu Harun Salim Bachik Terpaksa Balik Kampung

Dalam pada itu, Achey berkata, mengenai perniagaan tersebut, dia tidak terlibat dengan sebarang urusan perniagaan bersama Surianti dan enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu.

"Macam ini lah, apa yang saya boleh jelaskan, saya dan Surianti tidak ada apa-apa jalinan perniagaan pun.

Surianti (tengah) bersama dua anaknya. Gambar dari Facebook Surianti.

"Kalau boleh saya tak mahu ulas lebih lanjut, takut isu lain pula yang timbul dan menjadi punca salah faham berlaku.

"Saya menjalankan bisnes pun dengan anak kepada isteri pertama arwah, bukan dengan Surianti," jelas Achey.

Sementara itu, Achey berkata, dia tidak sangka isu tersebut menjadi berita utama dan terkejut dengan kenyataan yang diberikan Surianti.

Apatah lagi, sebagai orang luar, dia enggan mencampuri urusan keluarga arwah Harun.

"Saya terkejut perkara ini menjadi isu. Saya ini orang luar, takkan nak masuk campur hal keluarga mereka.

"Niat saya sebelum ini pun sekadar mahu bertanya khabar, memandangkan arwah Harun baik dengan saya dan kami saling berkongsi masalah. Mungkin perkara ini hanyalah salah faham antara dua pihak," katanya.

Surianti berkahwin dengan Allahyarham Harun Salim Bachik pada tahun 2000. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Siti Hazeera Sofea, 12, Hakeem Sufy Al-Rashid, 14.

Menerusi perkahwinan pertama dengan Martinah Ahmad, Harun memiliki empat orang anak namun perkahwinan pertama itu tidak bertahan lama.
Tags / Kata Kunci: Achey , Surianti , Harun Salim Bachik

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan