'Strawberi & Karipap Hello Gold Coast' Papar keindahan negara Australia - Berita Hiburan | mStar

'Strawberi & Karipap Hello Gold Coast' Papar keindahan negara Australia

Diterbitkan: Ahad, 22 November 2015 5:00 AM

Nizam Zakaria (tengah) bersama barisan pelakon 'Strawberi & Karipap Hello Gold Coast'. Foto YAP CHEE HONG

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Saluran Astro First Eksklusif bakal muncul dengan sebuah supertelefilem terbaharu iaitu Strawberi & Karipap Hello Gold Coast.

Penolong Naib Presiden Astro Ceria dan Segmen Remaja, Hadzelynda Khairuddin, berkata, Kejayaan dan sambutan luar biasa yang diterima kami menerusi supertelefilem Strawberi & Karipap Sesat Kat Paris pada tahun lalu membuatkan pihaknya menerbitkan kesinambungannya pula.

"Kebanyakan penonton terutamanya kanak-kanak terhibur dengan jalan cerita dan lakonan yang ditampilkan pada musim pertama.

"Justeru, kali ini kami tampil dengan supertelefilem terbaru yang eksklusif, dengan penceritaan yang lebih kemas serta aksi lakonan mantap dan bersahaja dari semua yang terlibat.

Rykarl
"Istimewa kali ini, kalau dahulu kita telah tampilkan keindahan kota Paris sebagai latar belakang produksi yang pertama, kini kami kembali dengan pengembaraan yang lebih menarik dan mencabar di bumi Australia pula,” katanya.

Berlatar belakangkan keindahan bumi Australia, supertelefilem dengan genre komedi famili ini menyaksikan gandingan mantap aktres Nelydia Senrose dan Zizan Nin, yang sudah sinonim dengan siri Strawberi dan Karipap sebelum ini.

Dua bintang cilik utamanya Mia Sara dan Rykarl Iskandar juga menerajui watak Nini dan Haikal dalam supertelefilem arahan pengarah Nizam Zakaria.

Strawberi & Karipap Hello Gold Coast padat dengan aksi pengembaraan lucu dua bintang kecil tersebut di samping keletah bintang undangan Zizan Razak yang pastinya menceriakan supertelefilem terbitan Global Station Sdn Bhd ini.

Strawberi & Karipap Hello Gold Coast akan bersiaran di Astro First Eksklusif saluran 480 mulai 26 November 2015 ini.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Isnin, 11 Jun 2018 8:00 AM

Ramadan anak Chow Kit

Kolumnis

iklan

Iklan