Edry Diiktiraf Komposer Pendapatan Terbanyak MACP

Diterbitkan: Ahad, 22 November 2015 10:59 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Komposer terkenal Edry Abdul Halim terpilih buat kali kedua sebagai penerima anugerah Komposer Dengan Pendapatan Terbanyak pada Malam Mesra Badan Pelindung Hakcipta Muzik (MACP) 2015 yang diadakan di Hotel Royale Chulan Damansara di sini, Ahad.

Pengerusi MACP, Habsah Hassan pula menerima anugerah Penulis Lirik Dengan Pendapatan Terbanyak.

Penyanyi dan komposer, Amir Jahari pula dipilih sebagai penerima trofi kategori Komposer Muda Berpotensi.

Manakala, komposer era 50-an, Sharuddin Amin menerima Anugerah Nadi Cipta atas sumbangannya dalam industri muzik.

Amir Jahari ketika menerima trofi anugerah Komposer Muda Berpotensi.

Edry ketika ditemui berkata, dia bersyukur dengan anugerah berkenaan dan ia sebagai pemangkin semangat untuknya terus berkarya pada masa hadapan.

"Dalam berkarya harus ada keikhlasan kerana dengan cara itu sesuatu lagu itu dapat sampai kepada peminat.

"Anugerah ini adalah suatu pemangkin semangat kepada komposer seperti saya untuk terus berkarya," katanya.

Anugerah MACP merupakan penghargaan kepada penggiat seni yang banyak menyumbang hasil karya untuk perkembangan industri seni negara.

Hasil royalti yang dikutip oleh MACP adalah daripada persembahan muzik di stesen-stesen televisyen dan radio, konsert, majlis makan malam dan lain-lain organisasi yang dilesenkan oleh badan berkenaan.

Komposer veteran Sharuddin Amin pula menerima penghargaan menerusi anugerah Nadi Cipta.

Dalam perkembangan sama, penyanyi Yuna menerima anugerah Persembahan Lagu Inggeris Terbanyak menerusi lagu Rescue.

Manakala lagu Gadis Jolobu pula terpilih memenangi kategori Persembahan Lagu Melayu Terbanyak nyanyian Waris dan Datuk Hattan.

Syarikat Luncai Emas Sdn Bhd masih mengekalkan kemenangan menerusi anugerah Penerbit Tempatan Dengan Pendapatan Terbanyak.

Sementara itu, Habsah Hassan berkata penganjuran MACP kali 26 membuktikan industri muzik Malaysia berpotensi untuk berkembang disebalik perubahan teknologi terutama internet.

Justeru itu, Habsah meminta anggota-anggota MACP supaya terus menghasilkan karya terbaik, beliau berharap mereka dapat membuktikan anak Malaysia dapat menghasilkan karya-karya bertaraf dunia yang mengharumkan negara.

"MACP juga akan berusaha memastikan anggota kami diberikan bayaran setimpal dengan usaha dan kreativiti mereka," katanya.

Turut hadir pada majlis berkenaan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari.

Berikut adalah senarai penuh penerima Anugerah MACP 2015:

1. Persembahan Lagu Inggeris Terbanyak

Lagu: Rescue
Penyanyi : Yuna
Komposer & Penulis Lirik: Yuna/Chris Braide

2. Persembahan Lagu Cina Terbanyak

Lagu: Quan Shi Jie Dou Yi Wei Wo Men Zai Yi Qi
Artis: Fuying & Sam
Komposer & Penulis Lirik: Peng Xue Bin/Li Zhi Qing

3. Persembahan Lagu Melayu Terbanyak

Lagu: Gadis Jolobu
Artis: Waris & Datuk Hattan
Komposer & Penulis Lirik: DJ Fuzz/Waris/Datuk Hattan

4. Persembahan Lagu Luar Negara Terbanyak

Lagu: Masih Mencintainya
Artis: Papinka
Komposer & Penulis Lirik: Chevra & Berry

5. Persembahan Lagu Tempatan Di Luar Negara Terbanyak

Lagu: Tian Hou
Artis: Andrew Tan
Komposer & Penulis Lirik: Peng Xue Bin

6. Artis Muda Berpotensi

Amir Jahari

7. Penerbit Tempatan Dengan Pendapatan Terbanyak

Luncai Emas Sdn Bhd

8. Penerbit Dengan Pendapatan Terbanyak

Universal Music Publishing Sdn Bhd

9. Penulis Lirik Dengan Pendapatan Terbanyak

Habsah Hassan

10. Komposer Dengan Pendapatan Terbanyak

Edry Abdul Halim

11. Anugerah Nadi Cipta

Sharuddin Amin

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan