Bapa Zahirah MacWilson Sahkan Sudah Bercerai 9 November 2015

Diterbitkan: Jumaat, 20 November 2015 5:30 AM

Zainol MacWilson

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bapa kepada pelakon Zahirah MacWilson iaitu Zainol MacWilson mengesahkan dia sudah pun bercerai dengan Maslinda Yusof, 41, pada 9 November lalu.

Zainol atau nama sebenarnya Zainol Mohd Johari MacWilson, 56, bagaimanapun berkata enggan mengulas lanjut mengenai penceraiannya itu dan menyifatkan hubungannya dengan bekas isteri mungkin sudah tiada jodoh.

"Benar, saya sudah bercerai dengan Maslinda diatas tiada persefahaman.

"Selebihnya, saya enggan berkata apa-apa. Cuma saya tahu, anak-anak pula jadi mangsa gara-gara masalah kami ini," katanya yang dihubungi mStar Online pada petang Khamis.

Beberapa hari lalu, menerusi laman Instagram milik ibu Zahirah, dia mendedahkan sudah menjadi ibu tunggal kepada empat orang anak.

Zainol bersama anaknya, Zahirah.

Perkara itu membuatkan ramai yang tertanya-tanya, apakah status perkahwinan sebenar antara Zainol dan Maslinda.

Malah ada yang menghentam Zainol kononnya terdapat pihak ketiga yang menjadi punca penceraian tersebut.

Bagaimanapun Zainol menegaskan, punca penceraiannya itu langsung tiada kaitan dengan pihak ketiga dan diharap tiada pihak yang menuduh sebarangan tanpa usul periksa.

Sementara itu, ditanya adakah Zainol sudah serik untuk mendirikan rumah tangga lagi, katanya, dia bersifat terbuka untuk menerima seorang wanita yang berkenan di hatinya.

"Orang kata, hidup perlu diteruskan dan apa yang sudah berlaku pasti ada hikmahnya.

"Tetapi saya tidak serik, sekiranya ada jodoh, pasti Allah akan temukan kita dengan seseorang tidak kira bila-bila masa. Bagaimanapun saya masih lagi bersedih dengan penceraian ini," ujarnya.

Dalam pada itu, Zainol berkata dia kini mahu kembali fokus dalam bidang lakonan yang ditinggalkannya sejak 21 tahun lalu.

"Memang pada asalnya, tujuan saya kembali ke Malaysia adalah untuk berlakon semula.

"Saya baru saja selesai penggambaran drama di Singapura dan InsyaAllah akan ada lagi tawaran yang akan menyusul," katanya.

Tags / Kata Kunci: Zainol MacWilson

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan