Shukri Yahaya Selamat Bergelar Suami Tya Adnan Dengan Sekali Lafaz

Diterbitkan: Jumaat, 20 November 2015 3:43 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pelakon Shukri Yahaya selamat bergelar suami kepada pasangannya Tya Adnan dengan sekali lafaz kira-kira pukul 3.36 petang pada petang Jumaat.

Majlis pernikahan pasangan berkenaan diadakan secara sederhana di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini dengan dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak.

Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan dan Perceraian Putrajaya, Muhd Redza Ahmad dan berwakil walikan bapa Tya sendiri, Ahmad Adnan Ishak.

Shukri atau nama sebenarnya Mohd Shukri Yahaya, 27, menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai berjumlah RM300 termasuk sebentuk cincin manakala wang hantaran dirahsiakan.

Pada majlis sama, Shukri turut memberi tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang daripada pihak Tya.

Antara hantaran yang diberikan pihak pengantin perempuan adalah sebaskah Al-Quran dan telekung, set minyak wangi, tas tangan, set alat solek, kek dan sirih junjung.

Manakala Shukri menerima senaskah Al-Quran dan tasbih, sepasang kasut, kek, komputer riba, jam tangan, set wangian, coklat, buah-buahan dan sireh junjung.

Kedua-dua mempelai kelihatan anggun dan segak dengan persalinan berwarna putih rekaan Lumiere Concept.

Sementara itu, Tya atau nama sebenarnya Siti Nurfatihah Ahmad Adnan ketika ditemui berkata, dia bersyukur selamat bergelar isteri kepada Shukri dan tidak sabar untuk melayari alam rumah tangga.

"Alhamdulillah kami kini sah sebagai suami isteri dan perasaan sudah tentu gembira dan bersyukur.

"Kami tidak sabar untuk melayari alam rumah tangga selepas ini," katanya.

Dalam perkembangan sama, pasangan berkenaan akan diadakan di A-Park, Kampung Pulau Meranti Puchong dekat sini pada Sabtu.

Tags / Kata Kunci: Shukri Yahya , Tya Adnan , Kahwin , Nikah

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan