Yuna Tarik Diri Sertai Separuh Akhir Muzik-Muzik

Diterbitkan: Rabu, 18 November 2015 5:30 AM

Yuna sedang mencipta nama di Amerika Syarikat.
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi Yuna mengambil keputusan menarik diri daripada bertanding pada peringkat separuh akhir program Muzik-Muzik yang akan bermula pada 22 November ini.

Pengurus Hiburan Primeworks Studios Sdn Bhd, Muhamad Sufian Che Isa berkata, komitmen penyanyi itu di Amerika Syarikat menjadi faktor Yuna terpaksa menarik diri.

"Sebelum ini pun Yuna tidak dapat menyertai dan menggunakan khidmat penyanyi pengganti dan tahun ini dia mengambil keputusan menarik diri daripada berentap di peringkat separuh akhir.

"Yuna menerusi pihak pengurusannya ada menghantar surat rasmi kepada pihak kami berhubung perkara itu dan pihak kami menerimanya," katanya.

Suffian berkata demikian ketika ditemui pada majlis pengumuman 30 lagu yang layak bertanding pada peringkat separuh akhir Muzik-Muzik di Balai Berita NSTP di sini, Selasa.

Sebanyak 12 lagu akan dipilih ke Anugerah Juara Lagu 30 (AJL30) menerusi tiga persembahan peringkat separuh akhir yang akan bermula pada 22 November, 29 November dan 6 Disember di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam.

Yuna sepatutnya bertanding menerusi lagu berjudul Lautan pada peringkat separuh akhir itu.

Dalam pada itu, Suffian berkata, kekosongan tempat tersebut digantikan dengan lagu nyanyian penyanyi baharu iaitu Sandra berjudul Hey Kau hasil ciptaan Tam Spider dan lirik oleh Iman Imran.

Jelas Suffian, pemilihan lagu tersebut adalah adalah secara automatik memandangkan ia berada di kedudukan ke 31 carta.

"Apabila Yuna menarik diri, lagu Hey Kau yang berada di kedudukan 31 secara automatik naik ke tangga 30 sekaligus melayakkan dia bertanding," katanya.

Barisan artis yang melayakkan diri ke separuh akhir. - Foto THE STAR/MUHAMAD SHAHRIL ROSLI
Sementara itu, Suffian berkata, kesemua 30 lagu yang terpilih ke peringkat separuh akhir dipilih berdasarkan penjurian awal dan 'airplay' diterima lagu tersebut di stesen radio tempatan.

Malah katanya, aspek populariti sesebuah lagu turut menjadi peranan dalam pemilihan kelayakan ke peringkat separuh akhir.

"Semua lagu yang dinilai adalah dari Februari hingga Oktober tahun ini dan penjurian awal telah dibuat termasuk mengambil kira aspek jumlah lagu dimainkan di stesen radio di negara ini.

"Persaingan pada tahun ini juga sengit dan pelbagai kerana banyak pencalonan bukan sahaja dari penyanyi berpengalaman tetapi juga artis baharu," jelasnya.

Berikut adalah senarai penuh pencalonan peserta peringkat separuh akhir program Muzik-Muzik 2015:

Minggu Pertama (22 November 2015)

1. Biarkanlah - Drama Band (Aepul Roza, Amar Habir, Daus SRK dan Faeez Halim)
2. Langit Tetap Biru - Aizat (Aizat Amdan, Pakcik Konfi)

3. Untuk Cinta - Adira & Hafiz (Nurzaidi Abd Rahman)
4. Knock Knock - Elizabeth Tan (Faizal Tahir, Mike Chan)
5. Sampai Mati - Hazama (Omar K, Audi Mok)
6. Hantu Atau Buaya - Nana Sheme (DJ Fuzz)
7. Cinta Yang Sempurna - Qanda (Asfan Shah)
8. Bukan Hal Aku - Kaka & Aliff (The Good Fellas)
9. Di Pintumu - Firman (M. Nasir)
10. Melepaskanmu - Sakura Band (Yoya, Nawfas)
11. Terima Kasih Cinta - Tasha Manasahar & RJ (DJ Fuzz)

Minggu Kedua (29 November 2015)

1. Hanya Namamu - Caliph Buskers (Edry Abdul Halim)
2. Malam Ini Kita Punya - Bunkface (Sam Bunkface)
3. Potret - Akim & The Majistret (Hang Nadim, Kamar Empayar)
4. Not For Sale - Stacy (Mike Chan, Omar K, Altimet)
5. Hey Kau - Sandra (Tam Spider, Iman Imran)
6. Syurga - Alyah (Omar K, Alyah)
7. Angin Kencang - Noh Salleh (Noh Salleh)
8. #Peristiwa - Sofarz, Asfan & RJ (Zimi Sofarz, RJ)
9. Senyum - Aziz Harun (Faizal Tahir, Mike Chan)
10. Mana Mungkin - Black (Ajai)

Minggu Ketiga (6 November 2015)

1. Dikoyak Waktu - Ronnie Hussein (Aepul Roza)
2. Selalu Ada - Amir Jahari (Amir Jahari)
3. Tak Pernah Menyerah - Dayang Nurfaizah (Akid, Pojie Samad)
4. Al Nura Yang 5 Dan 6 - Mawi, Hazama Feat Dali Filsuf (Syeikh Qalam, Mawi)
5. Assalamualaikum - Faizal Tahir (Faizal Tahir, Mike Chan, Omar K, Ezra Kong, Audi Mok)
6. Siapa Diriku - Ayda Jebat (Omar K, Ezra Kong, Ayda Jebat)
7. Kau Tercipta - Lah Ahmad (Lah Ahmad)
8. Nyawaku - Azmil (Edry Abdul Halim)
9. Linangan Terakhir - Forteen (Edry Abdul Halim)

Tags / Kata Kunci: Yuna , Muzik-Muzik

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan