Tiada Produksi Tawarkan Dee Berlakon

Diterbitkan: Rabu, 18 November 2015 5:40 AM

Dee mendedahkan tiada syarikat produksi tawarkannya berlakon.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Dee mendedahkan sudah dua tahun dia tidak mendapat tawaran berlakon.

Dee atau nama sebenarnya Syed Muradzi Syed Shamsul, 53,  berkata, sehingga kini dia berasa pelik apakah punca dia tidak ditawarkan berlakon daripada mana-mana syarikat penerbitan sedangkan dia bukannya merajuk dengan industri.

"Kali terakhir saya berlakon ialah menerusi drama Anak Ikan arahan Rashid Sibir pada tahun 2013.

"Selepas itu, tak ada siapa pun yang panggil berlakon. Saya tak merajuk pun, tetapi dah tawaran tidak ada.

"Mungkin bukan rezeki saya buat sementara waktu ini. Tetapi kalau nak ikutkan hati, saya rindu sangat untuk berlakon," katanya kepada mStar Online.

Tambah Dee, setakat ini, dia tidak pernah meletakkan harga tinggi kepada pihak produksi dan perkara itu membuatkan kebanyakan penerbit selesa bekerjasama dengannya.

Bagaimanapun, Dee tetap meneruskan karier sebagai  pengacara majlis seperti biasa dan kini turut terlibat dengan perniagaan pengurusan majlis.

"Alhamdulillah, sekarang ini saya memberi fokus sepenuhnya terhadap perniagaan pengurusan majlis.

"Perniagaan ini berjalan dengan lebih lancar lagi apabila saya memberi peluang kepada pelanggan untuk meletakkan bajet tertentu dan saya akan mengendalikan sesebuah acara itu mengikut kos yang diberi.

"Jadi, bajet rendah atau mahal, saya tetap menerimanya dengan terbuka. Tambah pula saya yakin ia juga membuatkan rezeki semakin murah,"tuturnya.

Dee merupakan pelakon yang pernah popular menerusi program Jangan Ketawa.


Tags / Kata Kunci: Dee , Syed Muradzi Syed Shamsul , Anak Ikan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan