Azma Aizal Mengaku Bersalah Pukul Ika Nabella

Diterbitkan: Rabu, 18 November 2015 2:02 PM

Azma bersama Rosyam pada sidang media bagi menjelaskan situasi sebenar mengenai kes pengarah itu bertindak memukul aktres Ika Nabella.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengarah Azma Aizal Yusoof mengaku bersalah kerana bertindak memukul pelakon Ika Nabella di lokasi penggambaran drama Dawai di Hulu Klang pada 2 November lalu.

Azma, 33, berkata, dia bertindak demikian kerana mahu Ika menjiwai karaktor yang diberikan kepada aktres itu, namun akur bahawa cara tersebut tidak sesuai dilakukannya.

"Ketika penggambaran, saya kurang berpuas hati dengan lakonannya dan sudah banyak kali babak yang dilakonkan dirakam semula.

"Sehinggakan saya mengambil pendekatan kaedah yang digunakan oleh produksi negara Jepun, memukul Ika bagi mendapatkan lakonan yang baik.

"Dan saya mengaku bersalah atas tindakan itu kerana mengasari Ika tanpa memberitahunya terlebih dahulu. Bagaimanapun saya tidak menumbuk Ika seperti laporan yang dikeluarkan di media," katanya.

Azma turut ditemani oleh penerbit, Datuk Rosyam Nor.

Azma ditemui pada sidang media khas di pejabat penerbit drama berkenaan iaitu Suhan Movies di Setiawangsa, di sini pada tengah hari Rabu.

Terdahulu, Ika mendakwa dipukul dan ditumbuk pada bahagian muka dan beberapa bahagian badan oleh pengarah lelaki itu.

Berikutan kejadian tersebut, Ika membuat laporan di Balai Polis Hulu Klang, dekat sini pada malam hari kejadian.

Dalam pada itu, Azma turut berkata, kes tersebut sudah pun selesai dan Mahkamah Majistret Ampang pada Isnin lalu memutuskan pengarah itu didapati bersalah dan dikenakan denda sebanyak RM2,000.

Sementara itu, Azma menafikan kejadian itu berpunca daripada masalah penyakit gangguan bipolar yang dialami sejak tahun 2009.

"Ketika kejadian, saya sudah pun mengambil ubat dan ia bukan berkaitan penyakit saya seperti yang diperkatakan.

"Lagipun, saya tidak mempunyai masalah dengan penyakit saya ini ketika di set penggambaran," ujarnya.

Ika Nabella

Gangguan bipolar merupakan sejenis penyakit mental yang menjejaskan ragam, tenaga dan keupayaan seseorang untuk berfungsi.

Seseorang yang mengalami gangguan ini melalui episod perubahan ragam atau mood yang melampau, daripada perasaan terlalu ghairah atau teruja (mania) kepada terlalu resah gelisah (kemurungan).

Dalam pada itu, Azma berkata, kejadian tersebut telah memberi pengajaran yang sangat besar kepadanya di mana pelbagai cara lain yang boleh digunakan bagi mendapatkan lakonan yang berkesan daripada seorang pelakon.

Sementara itu, penerbitnya, Datuk Rosyam Nor pula berkata, selepas kes selesai, Azma sendiri telah menarik diri sebagai pengarah bagi drama tersebut dan ia digantikan dengan pengarah lain iaitu Aidilfitri Mohamed Yunos.

"Azma telah manjalankan tanggungjawab sebagai pengarah drama Dawai dengan baik sekali dan dia sudah selesaikan sebanyak tujuh buah episod.

"Selebihnya, iaitu sebanyak 13 episod akan diarahkan oleh Aidilfitri. Ika juga membuat keputusan untuk menarik diri dan watak Ika saya gantikan dengan pelakon Puteri Najwa.

"Saya harap kejadian yang berlaku ini dapat dijadikan pengajaran kepada semua pihak," tuturnya.

Tags / Kata Kunci: Azma Aizal yusoof. Ika Nabella

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan