Liyana Jasmay Ambil Tempoh Setahun Buka 'Mermaid Store'

Diterbitkan: Ahad, 15 November 2015 5:30 AM

Liyana Jasmay baharu sahaja membuka butik pertamanya iaitu Mermaid Store. Foto Ihsan PARAGON EMPIRE.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon Liyana Jasmay memberitahu mengambil tempoh selama setahun untuk mengukuhkan label miliknya iaitu Mermaid Luxe yang menghasilkan tudung dan jubah sebelum nekad membuka butik pakaian pertama yang diberi nama Mermaid Store.

Liyana, 26, berkata, sepanjang tempoh itu dia banyak menjual barangan keluarannya di bazar dan kedai vendor termasuk di luar Lembah Klang bagi mengetahui penerimaan dan kehendak pelanggan.

"Sebelum mengambil keputusan membuka butik ini saya terlebih dahulu mengutip pengalaman dengan menjual produk label saya di bazar-bazar selama setahun untuk membina nama Mermaid Luxe itu sendiri.

"Sepanjang tempoh itu banyak saya pelajari tentang kehendak pelanggan, dari situ saya dapat membuat penambahbaikkan supaya produk yang ingin dihasilkan dapat memenuhi citarasa mereka," katanya kepada mStar Online.

Liyana ditemui pada majlis pelancaran butik Mermaid Store yang terletak di Starparc Point, Setapak di sini pada Sabtu.

Liyana bersama suami dan anak tercinta. Foto Ihsan PARAGON EMPIRE.

Tambah Liyana, dia bersyukur apabila produk Mermaid Luxe berjaya diterima oleh pelanggan sepanjang tempoh itu dan memberinya keyakinan untuk membuka sebuah butik.

Dalam pada itu, Liyana berkata, dia membuka Mermaid Store bagi memudahkan pelanggan mendapatkan produk keluarannya namun tetap akan menyertai bazar seperti mana dilakukan sebelum ini.

Bagaimanapun katanya, produk Mermaid Luxe tidak akan dijual secara dalam talian kerana buat masa ini kerana kekurangan staf untuk mengendalikan bahagian tersebut.

"Alhamdulillah saya puas dan bangga dengan pembukaan butik ini biarpun secara kecil-kecilan dan berharap ia akan terus berkembang pada masa hadapan malah banyak perancangan yang ingin saya laksanakan tetapi biarlah saya fokus kepada kemajuan Mermaid Store terlebih dahulu.

"Ada juga bertanya mengapa saya tidak jual secara online dan sebenarnya saya kekurangan pekerja untuk menguruskan perkara itu dan bimbang jika buat juga ia akan menimbulkan masalah," katanya.

Bercakap mengenai karier seninya, Liyana yang kini sedang hamil 29 minggu berkata, dia baharu sahaja merakamkan single terbaharunya berjudul Nana yang akan dilancarkan pada penghujung tahun ini.

Liyana melayan pelanggan yang datang pada hari pelancaran butiknya. Foto Ihsan PARAGON EMPIRE.

Jelasnya, kerinduan terhadap bidang nyanyian sudah lama dipendam dan merasakan sekarang adalah masa sesuai untuk kembali aktif sebagai penyanyi.

"Lagu terbaharu ini berentak R&B Pop dan saya ia sudah pun siap cuma tinggal untuk dilancarkan sahaja.

"Perancangan tahun hadapan memang saya akan kembali aktif dengan karier nyanyian selain lebih banyak menumpukan kepada kerja-kerja belakang tabir syarikat produksi saya Mermaid Studios," jelasnya.

Sementara itu, Liyana mengakui, dia kini agak selektif dalam tawaran lakonan diberikan kepadanya dan lebih selesa berlakon dibawah drama terbitan syarikatnya sendiri.

Ini kerana kata Liyana, dengan cara itu dia lebih mudah menyusun jadualnya tanpa menyusahkan pihak lain memandangkan dia kini lebih mengutamakan suami dan anaknya.

"Bukan meninggi diri atau cuba berlagak diva tetapi lebih kepada tidak mahu menyusahkan orang lain kerana status saya sekarang sudah berbeza.

"Suami dan anak adalah keutamaan saya jadi dengan berlakon dibawah produk syarikat sendiri lebih mudah saya menyusun jadual," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Mermaid Store , Mermaid Luxe , Liyana Jasmay

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan