Gagal Bersosial Faktor Jamal Abdilah Sukar Temui Jodoh

Diterbitkan: Jumaat, 13 November 2015 6:00 AM

Jamal Abdillah mengakui dia tidak gemar bersosial dan lebih senang menghabiskan masa dirumah sekiranya tidak mempunyai sebarang urusan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah mengakui sikapnya yang tidak gemar bersosial menjadi faktor dia gagal bertemu jodoh.

Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali, 56, turut berkata, statusnya sebagai seorang selebriti juga menyukarkannya untuk berkenalan dengan wanita.

"Sebenarnya status sebagai seorang selebriti itu bukan jalan mudah untuk mendekati mana-mana wanita tetapi ia sebenarnya menyekat saya untuk berkenalan dengan wanita.

"Pun begitu saya sendiri memang seorang yang tidak gemar bersosial namun itu tidak bererti saya sudah berputus asa untuk mencari pasangan hidup.

"Mempunyai pasangan hidup adalah antara keperluan seorang lelaki dan saya memang berazam untuk berkahwin tetapi masih belum ada jodoh," katanya kepada mStar Online.

Jamal ditemui pada majlis pelancaran Buku Rahsia Ibu Halimah di Saloma Bistro di sini, Khamis.

Jamal Abdillah
[ Type in your image caption here ]


Sebelum ini Jamal pernah berkahwin dengan Basariah Latif pada tahun 1988 namun mereka bercerai lapan tahun kemudian dan perkahwinan itu tidak dikurniakan cahaya mata.

Penyanyi lagu Kekasih Awal dan Akhir itu kemudiannya berkahwin dengan Intan Noraina Mohd Yusof pada tahun 2001 dan hasil perkahwinan itu mereka mempunyai seorang cahaya mata lelaki iaitu Osama Yamani berusia 14 tahun.

Perkahwinan itu bagaimanapun tidak berkekalan sebelum Jamal sekali lagi bertemu jodoh buat kali ketiga dengan Fatimatuzahra Samat pada 2005 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Ahmad Zaki Yamani, 9, sebelum bercerai dua tahun kemudian.

Dalam pada itu, Jamal memberitahu kegagalannya mempertahankan tiga perkahwinannya sebelum ini membuatkan dia lebih berhati-hati dan selektif dalam memilih pasangan hidup.

Jelas Jamal, pada usianya sekarang dia berharap dapat bertemu dengan seorang wanita yang bukan sahaja mampu memberi kebahagiaan malah memahaminya sebagai seorang lelaki.

"Saya tidak mahu kegagalan sebelum ini berulang dan sebab itu saya selektif dalam mencari pasangan hidup namun buat masa ini masih belum ada sesiapa," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Jamal bakal muncul dengan sebuah konsert istimewa pada Mac tahun hadapan di Istana Budaya.

Jelas Jamal, konsert itu nanti bakal menggabungkannya dengan dua vokalis lelaki terkenal namun enggan mendedahkan identiti mereka buat masa ini.

"Saya teruja dengan projek konsert terbaharu untuk tahun hadapan kerana ia bakal menggandingkan saya dengan dua lagi penyanyi lelaki terkenal.

"Siapa mereka saya tidak boleh dedahkan sekarang tetapi ia akan menjadi sebuah persembahan yang bakal diingati oleh peminat muzik tanah air," jelasnya.

Sementara itu, Jamal sedang menanti material daripada komposer LY untuk single terbaharunya yang bakal dilancarkan bersempena dengan konsert berkenaan.

Jamal berkata, biarpun peminat lebih suka dia menyanyikan lagu-lagu popularnya namun kemunculan lagu baharu adalah bagi memastikan dia kekal relevan dikalangan peminat.

"Insya-Allah akan ada dua single terbaharu pada tahun hadapan dan saya memilih LY untuk mencipta lagu tersebut untuk saya.

"Harap-harap lagu itu nanti kena dengan cita rasa saya sekali gus ia dapat diterima peminat saya," katanya.
Tags / Kata Kunci: Jamal Abdillah

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan