Kisah Sedih Pengarah Urusan Jamu Mak Dara Di Instagram Dibukukan

Diterbitkan: Jumaat, 13 November 2015 5:30 AM

Habib (kanan) bersama pelakon Nadzmi Adhwa yang memegang bukunya.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengarah Urusan Jamu Mak Dara (JMD) Sdn Bhd, SM Gadaffi Syed Ali tidak menyangka luahan hatinya menerusi status di laman sosial Instagram telah menarik minat seorang penulis novel iaitu bekas wartawan Normala Hamzah untuk menulis buku tentang kisah hidupnya.

SM Gadaffi atau lebih mesra dengan sapaan Habib berkata, Normala tanpa pengetahuannya mula mengumpul setiap status dimuat naiknya sejak Oktober tahun lalu dan menganggap ia mempunyai nilai untuk diterbitkan sebagai sebuah buku.

"Akhir tahun lalu saya mengalami sedikit tekanan dan mula memuat naik gambar dan status di Instagram sebagai cara meluahkan perasaan.

"Saya tidak pernah merancang pun untuk menghasilkan buku ini dan tidak sangka pula ia menjadi perhatian seorang penulis dan dia menawarkan untuk menulis buku tentang kisah saya berdasarkan status Instagram saya," katanya kepada mStar Online.

Habib ditemui pada majlis pelancaran buku 'Rahsia Ibu Halimah' di Saloma Bistro di sini, Khamis.

Turut hadir pada majlis berkenaan adalah Pengasas Jamu Mak Dara, Ibu Halimah dan Tengku Puan Laksamana Perlis, Datuk Paduka Sharifah Hishmah Shahabudin yang turut melancarkan buku berkenaan.

Dalam pada itu, bercakap lanjut mengenai buku berkenaan, Habib berkata, ia memaparkan dua buah cerita dalam sebuah buku berkisarkan pengalamannya dan ibunya.

Jelas Habib, dalam buku berkenaan dia banyak terbuka dalam berkongsi cabaran dan halangan sejak kecil sebelum berjaya sebagai ahli perniagaan termasuklah kisah-kisah sedihnya dalam hidup.

"Mungkin ramai tidak tahu saya pernah bergaul dengan penagih dadah, pelacur, peminum arak dan sebagainya tetapi Alhamdulillah atas kuasa Allah saya tidak berakhir seperti itu.

"Apa yang saya ingin tekankan adalah untuk memberi inspirasi dan pengajaran kepada masyarakat tentang apa yang saya lalui dari kecil sehingga sekarang," ujarnya.

Sementara itu, Habib berkata, kisah ibunya pula bagaimanapun berbeza dan wanita itu lebih banyak berkongsi tentang cinta dan kesetiaan seorang wanita terhadap suaminya.

"Banyak yang ibu saya lalui dan dia adalah seorang wanita yang paling cekal saya kenal namun kisahnya berbeza berbanding saya kerana ibu lebih memfokuskan kepada kisah cinta dalam buku tersebut.

"Ia sebenarnya sangat menarik dan pembaca pasti akan mendapat inspirasi daripada kisahnya," katanya.

Buku Rahsia Ibu Halimah dijual pada harga RM29.90 dan boleh dibeli menerusi laman Facebook Jom Malaysia District.
Tags / Kata Kunci: Habib , Jamu Mak Dara

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan