Ringgit Jatuh Punca Mila Jirin Batal Hasrat Berbulan Madu

Diterbitkan: Khamis, 12 November 2015 5:45 AM

Mahligai Cinta Mila Jirin

  • 1 of 6
  • Mila Jirin Nikah

    Pasangan mempelai iaitu Mila Jirin dan suaminya Ahmad Ailis Mohamed Mustapha atau Isz tersenyum gembira selepas sah bernikah dengan sekali lafaz. Mereka bernikah di Hotel E-City, One City, Subang Jaya, Selangor sempena tarikh 11.11.2015. FOTO: IZZRAFIQ ALIAS.

  • Mila Jirin Nikah

    Setelah lama menyulam cinta, akhirnya hubungan Mila dan pengurusnya Ahmad Ailis Mohamed Mustapha atau Isz disatukan sebagai suami-isteri. Mereka selamat bernikah di Hotel E-City, One City, Subang Jaya, Selangor dengan sekali lafaz sempena tarikh 11.11.2015. FOTO: IZZRAFIQ ALIAS.

  • Mila Jirin Nikah

    Mila Jirin diapit ibu dan bapanya pada majlis pernikahan dia dengan Ahmad Ailis Mohamed Mustapha atau Isz yang diadakan di Hotel E-City, One City, Subang Jaya, Selangor pada 11.11.2015. FOTO: IZZRAFIQ ALIAS.

  • Mila Jirin Nikah

    Hanya sekali lafaz, Ahmad Ailis Mohamed Mustapha atau Isz selamnat bergelar suami kepada penyanyi Mila Jirin. Akad nikah disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Pernikahan, Masjid Jamek Batu 12 Puchong, Selangor Ustaz Mohamed Zainal. Pasangan berkenaan bernikah di Hotel E-City, One City, Subang Jaya, Selangor sempena tarikh 11.11.2015. FOTO: IZZRAFIQ ALIAS.

  • Mila Jirin Nikah

    Mila Jirin ditemani ibunya kelihatan manis selepas bergelar suami kepada pengurus sendiri iaitu Ahmad Ailis Mohamed Mustapha atau Isz. Mereka selamat bernikah di Hotel E-City, One City, Subang Jaya, Selangor sempena tarikh 11.11.2015. FOTO: IZZRAFIQ ALIAS.

  • Mila Jirin Nikah

    Mila Jirin mencium tangan suaminya, Ahmad Ailis Mohamed Mustapha atau Isz selepas diijabkabulkan sebagai sumai-isteri. Mereka selamat bernikah di Hotel E-City, One City, Subang Jaya, Selangor sempena tarikh 11.11.2015. FOTO: IZZRAFIQ ALIAS.

x
(Ubah saiz teks)

SUBANG JAYA: Penyanyi Mila Jirin dan suami mengambil keputusan untuk berbulan madu ke luar negara hanya selepas mata wang negara kembali pulih.

Mila atau nama sebenarnya Noorsyarmilla Jirin, 28, berkata, dia sudah lama mengidamkan percutian ke Turki, namun terpaksa membatalkan hasrat tersebut apabila kejatuhan nilai ringgit.

"Saya dan suami merancang mahu berbulan madu ke Turki. Negara itu adalah tempat impian saya sejak dulu lagi.

"Tetapi mata wang negara kita pula kurang stabil dan semua perkara akan jadi mahal jika ke sana sekarang.

"Bagaimanapun, sebelum ke Turki, aaya dan suami mahu membawa keluarga mengerjakan umrah dahulu," katanya kepada mStar Online.

Juara program Akademi Fantasia musim kelima (AF5)  itu dan suaminya, Ahmad Ailis Mohamed Mustapha, 36, selamat bernikah dengan sekali lafaz pada Rabu.

Majlis pernikahanberlangsung kira-kira pukul 5.20 di Hotel E-City, One City di sini.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh Imam dan Penolong Pendaftar Pernikahan Masjid Jamek Batu 12 Puchong, Ustaz Mohamed Zainal Khamis dan Mila diwalikan bapanya Jirin Burhan.

Ahmad Ailis turut menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai RM1,001 berserta wang hantaran RM23,128.70.

Sementara itu, Ahmad Ailis atau lebih mesra disapa Isz berkata, dia mula tertarik kepada Mila selepas tamat program AF5 pada tahun 2007 namun tidak berani meluahkan isi hati kepada penyanyi tersebut.

"Selepas Mila habis AF5, saya menjadi pengurusnya dan masa itu saya sudah mula tertarik dengannya.

"Ketika itu dia sudah ada teman lelaki dan saya pun pendam saja perasaan ini. Tetapi saya tak pernah putus harap.

"Tiga tahun lepas, apabila keluarga mula bercakap tentang kami,  barulah Mila mula terbuka untuk menjalin hubungan lebih serius dengan saya. Alhamdulillah, dia kini milik saya," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Mila Jirin

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan