Gelaran Datuk Diterima Jurey Latiff Satu Pengiktirafan

Diterbitkan: Rabu, 11 November 2015 5:30 AM

Jurey Latiff Rosli

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penerbit dan pengarah drama Jurey Latiff Rosli menyifatkan gelaran Datuk yang diterimanya sempena ulang tahun ke-82 Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada Jumaat lalu satu penghormatan kepadanya sebagai seorang anak seni.

Jurey berkata, penganugerahan itu juga dianggap sebagai penilaian kerja-kerja seni membangunkan industri hiburan tanah air sepanjang lebih 20 tahun beliau di bidang berkenaan.

"Mungkin saya dinilai berdasarkan kerja-kerja saya menaikkan nama industri. Alhamdulillah, hasil usaha saya berbaloi.

"Ia menunjukkan semua usaha membangunkan industri hiburan negara selama ini mula dipandang serius oleh pihak kerajaan. Penghormatan ini juga akan saya gunakan untuk berusaha lebih gigih lagi mengukuhkan dunia seni kita," katanya kepada mStar Online.

Jurey merupakan antara 98 orang penerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Penerbit itu juga merupakan presiden kepada tiga pertubuhan iaitu Gabungan Industri Kandungan Kreatif (CCIG), Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) dan Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM).

Jurey merupakan antara 98 orang penerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai kritikan Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) yang menyifatkan pihak CCIG gagal berperanan seperti yang diharapkan, kata Jurey, ia adalah tuduhan yang tidak berasas.

"Karyawan menuduh proses penilaian CCIG gagal menepati piawaian bertaraf antarabangsa yang digunakan oleh produksi luar dan ia tuduhan tidak berasas memandangkan urusan pengambilan pekerja adalah berkonsepkan supply and demand dan CCIG bukanlah ejen untuk setiap ahlinya mendapat pekerjaan.

"CCIG menyediakan pengkalan data bagi setiap ahli bagi memudahkan pelabur atau sesiapa sahaja yang memerlukan khidmat penggiat industri tetapi pemilihan terletak kepada pihak yang menawarkan pekerjaan itu, bukan pihak kami," ujarnya.

Dalam pada itu, Jurey turut menegaskan persoalan mengenai akreditasi CCIG tidak diiktiraf dan tidak diterima pihak antarabangsa tidak perlu dijadikan isu juga memandangkan pihaknya menerima pengiktirafan daripada Producers Guild Of America (PGA).

"Dalam pada itu, proses pentauliahan dibuat oleh panel seramai tujuh orang pakar industri yang antaranya seperti Datuk Yusof Haslam, Dr. Mahadi J Murat, Othman Hafsham, Aziz M osman, Nagaraj, Habsah Hassan, Datuk M. Nasir dan Adman Salleh.

"Tuduhan akreditasi diberikan kepada kenalan juga tidak benar dan saya harap pihak Karyawan juga memainkan peranan dalam memastikan penggunaan tenaga kerja tempatan diutamakan dalam permohonan penggabaran filem luar negara di Malaysia," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Jurey Latiff

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan