Gagal Main Peranan, Karyawan Mahu Penubuhan CCIG Dikaji Semula

Diterbitkan: Isnin, 9 November 2015 4:30 AM

Datuk Freddie Fernandez

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) menggesa kerajaan untuk mengkaji semula penubuhan Gabungan Industri Kandungan Kreatif Malaysia (CCIG) kerana ia gagal berperanan seperti yang diharapkan.

Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez berkata, proses penilaian CCIG gagal menepati piawaian bertaraf antarabangsa yang digunakan oleh produksi luar dan berkemungkinan wujudnya kelemahan dalam proses berkenaan.

"Saya dapati walaupun ada penggiat industri telah menerima akreditasi daripada pihak CCIG, mereka tidak dapat diterima oleh produksi luar untuk penerbitan karya mereka gara-gara tidak dapat mencapai taraf yang sepatutnya untuk bekerja dalam sebuah penerbitan bertaraf antarabangsa.

"Nampaknya pihak kerajaan perlu meneliti semula operasi CCIG supaya senarai individu yang terdapat dalam sistem CCIG benar-benar layak mendapat akreditasi dan bukan hanya diberikan berdasarkan kenalan," katanya kepada mStar Online.

Tambah Freddie, CCIG telah membelanjakan berjuta-juta ringgit daripada dana kerajaan termasuk lawatan ke Amerika Syarikat dan England untuk mengkaji cara dan nilai piawaian yang digunakan, namun berdasarkan hasil kerja-kerja yang dilihat, pertubuhan tersebut masih lagi lemah menguruskan hal-hal akreditasi.

Dalam pada itu, tegas Freddie lagi, pihak CCIG juga perlu melakukan pengiktirafan terhadap ahli-ahli menerusi akreditasi secara telus.

"Kami tidak salahkan kerajaan kerana pihak mereka sudah banyak membantu industri, tetapi tanggungjawab harus diletakkan pada pihak yang menggerakkan CCIG.

"Mereka perlu telus dan tidak boleh ada sikap pilih kasih dan jika seseorang itu tidak layak diberi pengiktirafan, kita harus akur dengan keadaan itu.

"Oleh itu, satu usaha harus dilakukan untuk meningkatkan kemahiran mereka melalui proses latihan sehingga berjaya mencapai taraf yang diperlukan oleh produksi antarabangsa," tegasnya.

CCIG adalah pertubuhan yang berfungsi untuk memberi pengiktirafan dan akreditasi kepada penggiat seni dalam bidang industri kandungan kreatif negara.

Tags / Kata Kunci: Karyawan , CCIG

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan