Astro Anjur Pertandingan Filem Pendek Untuk Cari Bakat Baharu

Diterbitkan: Ahad, 8 November 2015 4:30 AM

Salah satu filem pendek berjudul Kuda Laut yang memenangi pertandingan pada 2012.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Stesen televisyen berbayar Astro mempelawa orang ramai yang berbakat dalam bidang pengarahan untuk menyertai pertandingan berbentuk filem pendek baharu berjudul Shortcuts.

Menurut Naib Presiden & Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar, berkata tiga filem terbaik berpeluang memenangi wang tunai sebanyak RM 40,000 bagi setiap penyertaan.

"Sebagai satu kumpulan, kami bercita-cita untuk memupuk dan membangunkan bakat-bakat kreatif Malaysia dalam konteks seni pembikinan filem di Malaysia, dan misinya adalah untuk memartabatkan lagi untuk pengeluar filem Malaysia dan pengarah terbaik di tahap tersendiri dan boleh bersaing di peringkat Asia dan global.

“Sepanjang empat bengkel intensif yang bakal diadakan, 'Shortcuts' juga menyediakan platform kepada peserta yang ingin menimba ilmu pengetahuan dan teknik-teknik pembikinan filem  bersama pengarah-pengarah yang pernah memenangi anugerah dan mentor di rantau Asia Tenggara," ujarnya dalam satu kenyataan kepada mStar Online.

Tambahnya, pemenang turut berpeluang menghasilkan filem pendek mereka sendiri dan berpotensi untuk  menjadi salah satu filem yang akan ditayangkan di festival filem tempatan dan juga di Saluran A-list (Saluran 456) di Astro.

Bagi yang berminat, mereka perlu menghantar borang penyertaan yang lengkap melalui YouTube atau Vimeo segala kompilasi kerja-kerja mereka sebelum ini ke info@shortcuts.my.

Hanya 18 penyertaan akan dipilih untuk terbabit dalam bengkel pertama pada Disember ini.

Pada peringkat akhir, finalis diberi peluang untuk membentangkan kepada panel hakim sebagai peluang untuk menjadi salah satu daripada tiga pemenang dan menerima pembiayaan untuk menerbitkan filem pendek mereka.

Tags / Kata Kunci: Astro , Shortcuts

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan