Masalah Produksi Punca Minyak Wangi Rozita Che Wan Tiada Stok

Diterbitkan: Jumaat, 6 November 2015 2:13 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Rozita Che Wan menjelaskan kelewatan produk minyak wangi Precious by RCW dan Gorgeous by RCW adalah disebabkan oleh masalah produksi daripada pihak kilang.

Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta, 43, berkata, perkara tersebut membuatkannya terpaksa memulang semula kesemua produk tersebut untuk diperbaiki semula sebelum dijual kepada pengguna.

"Masalah produksi berlaku daripada pihak kilang, saya tidak berpuas hati dengan reka bentuk penutup botol yang tidak seperti saya mahukan.

"Saya tidak mahu perkara itu akan menimbulkan rasa kurang senang pihak pembeli apabila produk tersebut berbeza daripada produk sebelum ini yang dikeluarkan, oleh itu saya beri pihak kilang tempoh masa untuk tukar bentuk yang saya mahu," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Jumaat.

Che Ta berkata demikian ketika diminta mengulas tentang luahan rasa tidak puas hati beberapa penjual produk itu yang tidak memperolehi stok minyak wangi jenama aktres tersebut sejak ditempah beberapa bulan lalu.

Bagaimanapun, Che Ta berkata, kelewatan tersebut sudah pun dimaklumkan kepada 50 stokis yang dilantik di seluruh negara dan mungkin dapat diselesaikan penghujung November ini.

Jelasnya, isu tidak puas hati itu timbul apabila ejen-ejen yang mengambil stok daripada stokis telah mengambil bayaran terlebih dahulu daripada pembeli.

Minyak wangi yang pada mulanya dikeluarkan sebanyak 20,000 kini mendapat permintaan hingga 200,000 sebulan.


"Saya sudah maklumkan hal sebenar kepada stokis-stokis kami dan mereka faham. Tetapi yang menjadi masalah adalah ejen yang berada di bawah stokis kerana mereka ambil duit bayaran terlebih dahulu daripada pembeli.

"Mereka juga perlu faham keadaan saya sekarang, ia bukan kerana saya sengaja suka-suka untuk melambatkan keluaran, saya pun kena tunggu pihak kilang.

"Kalau mereka fikir terpaksa pulang balik duit pembeli, cuba fikir pula duit yang saya labur dan bayar kepada kilang, sudah tentu saya pun ingin ia dijual segera bagi mendapatkan pulangan," ujarnya.

Sementara itu, Che Ta turut kesal dakwaan segelintir pihak yang menuduh dia menggunakan duit tersebut untuk bercuti ke luar negara.

Katanya, percutian di luar negara bersama keluarga baru-baru ini adalah atas dasar kerja dan tiada kaitan dengan masalah tersebut.

"Mereka tuduh saya suka-suka pergi bercuti guna duit mereka, walhal percutian saya itu adalah atas dasar kerja dan tidak melibatkan duit mereka pun.

"Saya jelaskan di sini, saya tidak ambil duit mereka dalam perniagaan minyak wangi itu. Saya hanya mengambil duit daripada stokis setelah barang tersebut diserahkan sahaja," ujarnya.

Dalam pada itu, Che Ta, mengakui sambutan menggalakkan turut menjadi kesukaran pihaknya untuk memenuhi permintaan tinggi daripada stokis setiap negeri.

Kata Che Ta, produk yang pada mulanya dikeluarkan sebanyak 20,000 kini mendapat permintaan hingga 200,000 sebulan.

"Alhamdulillah, dulu masa saya tempah di kilang sebanyak 20,000, pihak kilang pun tidak percaya kerana mereka beritahu kebiasaan artis hanya tempat 5,000 sahaja.

"Tetapi permintaan semakin banyak iaitu tempahan 200,000 sebulan dan terpaksa tempah di beberapa kilang bagi memenuhi tempahan yang banyak itu," ujarnya.

Minyak wangi Precious by RCW dan Gorgeous by RCW dijual dengan harga RM29.90.

Tags / Kata Kunci: Rozita Che Wan

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan