The Curve Nafi Insiden Cubaan Culik Zahirah MacWilson

Diterbitkan: Khamis, 5 November 2015 9:22 PM

Zahirah MacWilson

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pihak pengurusan The Curve di sini pada Khamis menafikan berlaku kejadian cubaan culik melibatkan pelakon Zahirah MacWilson, 20, di tempat parkir kereta pusat beli belah itu.

Pengurus Pusat, The Curve iaitu Jazmi Kamarudin dalam kenyataannya pada malam Khamis berkata, hasil pemeriksaan pihaknya menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan tiada bukti bagi menyokong kenyataan artis itu.

“Pihak pengursan Curve ingin memaklumkan bahawa hasil pemeriksaan rakaman CCTV kami mendapati tiada bukti untuk menyokong kenyataan berkenaan seperti yang didakwa,” katanya.

SILA KLIK: Zahirah MacWilson Trauma Nyaris Diculik Di Parkir Kereta


Terdahulu Zahirah dalam kenyataannya kepada mStar Online pada Khamis berkata, dia nyaris diculik ketika berada di parkir sebuah pusat beli belah di Damansara di sini pada kira-kira pukul 5 petang Rabu.

Pelakon itu bagaimanapun enggan mendedahkan insiden yang dimaksudkan.

Kejadian itu menjadi viral apabila pelakon Zul Ariffin turut memuat naik status di Instagram miliknya dengan menceritakan insiden berkenaan.

Dalam pada itu Jazmi berkata, hasil pemeriksaan pihaknya dengan pasukan keselamatan turut mendapati tiada laporan dibuat aktres berkenaan berhubung kejadian itu.

Tambah kenyataan berkenaan, Zahirah dalam Instagramnya turut menulis status terbaru kejadian tersebut berlaku di luar pusat beli belah berkenaan dan bukan di lokasi yang dinyatakan sebelum ini.

Sehubungan itu pengurusan The Curve memberi jaminan kepada semua pelanggan bahawa pusat beli belah itu selamat untuk dikunjungi kerana tempat letak kereta mereka dilengkapi sepenuhnya CCTV.

”Pihak kami mengutamakan keselamatan terutamanya di tempat letak kereta bawah tanah termasuk memasang lampu tambahan selain rondaan dilakukan  pengawal keselamatan,” katanya.
Tags / Kata Kunci: Zahirah MacWilsobn , The Curve

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan