Sekolah Tahfiz Amy (Search) Dapat Bantuan Ketika Dilanda Masalah

Diterbitkan: Selasa, 3 November 2015 6:00 AM

Amy (enam dari kanan) bersamam Saiful (tujuh dari kanan) dan sebahagian pelajar tahfiz. FOTO: MOHD AL-QAYUM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi Amy (Search) tidak menyangka banyak pihak tampil menghulurkan bantuan dan dana untuk pembangunan dan operasi sekolah tahfiz miliknya iaitu Al Bayan School of Quran & Hadith sejak ia dibuka Disember tahun lalu.

Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 57, berkata, setiap kali sekolah berkenaan ditimpa masalah sama ada kecil atau pun besar pasti akan ada pihak tampil menghulurkan bantuan.

"Alhamdulillah inilah rezeki daripada Allah yang tidak pernah putus-putus untuk pembangunan dan operasi sekolah tersebut.

"Sampai kadang-kadang saya sendiri tidak menyangka rezeki yang datang pada waktu kami memerlukan dan tidak terbalas oleh saya kepada jasa pihak yang sudi membantu sejak ia dibuka Disember tahun lalu," katanya kepada mStar Online.

Amy ditemui pada sidang media Cahaya Jiwa Amy Search dan Saiful Kadir di Platinum Sentral di sini, Isnin.

Kolaborasi itu diadakan bagi kempen mengumpul dana untuk Al Bayan School of Quran & Hadith menerusi penjualan seni lukisan khat yang dilukis sendiri oleh Saiful.

Amy Search.
Amy (Search)

Lebih 40 buah lukisan khat eksklusif akan dipamerkan selama tiga hari di lobi Istana Budaya pada 23 hingga 25 Disember depan bersempena sambutan Maulidur Rasul.

Sebanyak 30 peratus hasil jualan akan disumbangkan kepada tabung dana sekolah tahfiz berkenaan.

Dalam pada itu, Amy berkata, ada individu ingin mewakafkan sebidang tanah kepadanya untuk membuka cawangan baharu sekolah berkenaan di Johor dan Sabah.

Bagaimanapun Amy berkata, dia terpaksa menolak tawaran berkenaan bagi memfokuskan kepada sekolah tahfiz miliknya yang baharu sahaja berpindah ke Denai Alam, Shah Alam dekat sini.

"Memandangkan Al Bayan School of Quran & Hadith masih lagi baru dan mula berpindah ke sebuah rumah di Denai Alam dari Sungai Buloh sebelum ini, saya kira biarlah saya fokus sekolah pertama ini dulu.

"Buat masa ini Alhamdulillah kami sudah ada 25 orang pelajar dengan lima tenaga pengajar dan Insya-Allah akan menambah bilangan pengambilan pada masa hadapan" ujarnya.

Sementara itu, bercakap mengenai kempen Cahaya Jiwa Amy Search dan Saiful Kadir, Amy berkata, dia berharap kolaborasi itu dapat memberi manfaat kepada pembangunan dan operasi sekolah tahfiznya.

"Insya-Allah dana yang dikutip nanti dapat memberi manfaat kepada Al Bayan School of Quran & Hadith dalam mendidik mereka bukan sahaja untuk menghafal Al Quran tetapi menjadi insan berilmu, tinggi akhlak dan rendah diri," ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Saiful berkata, semua koleksi pada pameran itu nanti dilukis khas olehnya dan dia berbesar hati dapat bekerjasama dengan Amy menerusi projek berkenaan.

Malah kata Saiful, selepas pameran pada Disember nanti pihaknya bercadang untuk menjelajah ke beberapa lokasi dengan lukisan khat berbeza untuk tujuan sama.
Tags / Kata Kunci: Amy (Search) , Search

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan