Uriah See Mahu Tembus Pasaran Melayu

Diterbitkan: Ahad, 1 November 2015 5:30 AM

Uriah See mahu melebarkan karier nyanyiannya dengan lebih meluas. Foto THE STAR/ROHAIZAT DARUS.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas juara program Astro Star Quest Chinese 2014 iaitu Uriah See berhasrat untuk menembusi pasaran muzik Melayu selepas muncul menerusi program Gig MeleTOP Duo Bersama Hafiz Suip dan Uriah See baru-baru ini.

Uriah, 20, berkata, minatnya terhadap lagu-lagu berbahasa Melayu mula timbul selepas muncul dalam program berkenaan bersama Hafiz dan berharap dapat merakamkan sebuah lagu Melayu pada masa hadapan.

"Sebelum ini saya lebih kepada pasaran peminat berbangsa Cina dan kini sudah tiba masanya saya melebarkan karier dengan lebih meluas.

"Bagaimanapun saya tidak boleh terburu-buru kerana saya masih baharu dalam industri ini namun berharap dapat merakamkan sebuah single berbahasa Melayu pada masa hadapan," katanya kepada mStar Online.

Menerusi program berkenaan, Uriah dan Hafiz menjelajah ke beberapa lokasi di seluruh Malaysia untuk mengadakan persembahan secara busking.

Rakaman gig berkenaan dapat ditonton menerusi program MeleTOP pada Selasa, pukul 9.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Uriah bersama Hafiz.

Selain menjuarai Astro Quest Chinese 2014, Uriah juga pernah bergelar juara dunia pada pertandingan TVB International Chinese New Talents yang diadakan di Hong Kong pada 30 November tahun lalu.

Uriah berjaya menumpaskan peserta daripada China, Amerika Syarikat, Australia, Singapura, Kanada dan New Zealand.

Tambah Uriah, dia berasa seronok dapat bertemu dengan peminat sepanjang rakaman program berkenaan dan tidak menyangka sambutan diberikan kepadanya setiap kali menyampaikan lagu berbahasa Melayu.

Dalam pada itu, Uriah berkata, sepanjang bersama Hafiz menjayakan program berkenaan dia mengakui banyak menimba ilmu daripada bintang kelahiran program Akademi Fantasia itu.

Jelas Uriah, Hafiz seorang yang tidak lokek ilmu dan banyak membantunya dalam selok-belok menyampaikan lagu-lagu berbahasa Melayu.

"Saya sangat seronok dapat bekerjasama dengan Hafiz menerusi program berkenaan kerana dapat menimba ilmu daripadanya.

"Malah kerana dia juga saya mula mendapat perhatian daripada peminat-peminat berbangsa Melayu," ujarnya.

Tambah Uriah, laman sosial Instagram miliknya juga kini meningkat kepada 44,000 pengikut daripada pelbagai bangsa sejak muncul dalam Gig MeleTOP Duo bersama Hafiz dan Uriah See.

Sementara itu, Uriah berkata, dia dan Hafiz ada merancang untuk menghasilkan sebuah single duet selain mengagumi bakat penyanyi Yuna.

"Kami ada merancang untuk berduet memandangkan keserasian yang sudah wujud di antara kami tetapi itu hanya perancangan dan harap-harap ia menjadi kenyataan," katanya.
Tags / Kata Kunci: Uriah See , Hafiz Suip

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan