Penyanyi Baharu, Satrina Yakin Usia Bukan Penghalang Untuk Berjaya

Diterbitkan: Sabtu, 31 Oktober 2015 5:00 AM

Satrina pada majlis pelancaran album Kisahku. Foto HAZIQ AZIMI / The Star

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi baharu kelahiran Indonesia menyifatkan usia bukan penghalang untuk dirinya menembusi pasaran arus perdana muzik tempatan.

Satrina atau nama sebenarnya Nurhidayati Rumza, 34, berkata, dia yakin muncul pada masa yang tepat memandangkan pelbagai pengalaman ilmu muzik sebati dengan dirinya.

"Saya mula menyanyi seawal usia 15 tahun. Mungkin ketika itu saya tidak terus terdedah di arus perdana. Tetapi saya mengumpul ilmu muzik sebelum tampil yakin di khalayak umum.

"Rasanya belum terlambat untuk saya menunjulkan bakat kepada umum," katanya kepada mStar Online.

Satrina ditemui pada majlis pelancaran album Kisahku di Soju Bar, Pavilion di sini, Jumaat.

Album Kisahku memuatkan sebanyak lima buah lagu yang diedarkan oleh Warner Music Malaysia. Lagu-lagu tersebut adalah Single, Kegilaanku (Oh Na Na), In Love, Stop Talkin' dan Ketakutanku.

Kata Satrina, kelima-lima buah lirik lagu itu ditulisnya sendiri bersama komposer Aaron Then dan Elton Collins.

"Kelima-lima lagu ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri di mana ia mengisahkan tentang jatuh bangun kehidupan saya.

"Konsep muzik lebih pada genre R&B di mana ia mudah diterima pendengar dan saya harap lagu-lagu yang dimuatkan mendapat respons yang baik,"ujarnya.

Tags / Kata Kunci: satrina , Nurhidayati Rumza

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan