Nadiya Nisaa Sukar Tiru Watak Tiz Zaqyah Dalam 'Oh My English! Class of 2015'

Diterbitkan: Jumaat, 30 Oktober 2015 4:00 AM

Nadiya Nisaa

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon Nadiya Nisaa memberitahu cabaran paling utama dalam musim terbaharu drama Oh My English! Class of 2015 adalah terpaksa meniru watak Cikgu Ayu yang sebelum ini dilakonkan aktres Tiz Zaqyah.

Nadiya atau nama sebenarnya Nadiyatul Nisaa’ Kamaruddin,30, berkata, perkara tersebut dilakonkan dalam dua episod yang mengisahkan kedua-dua mereka bertukar selepas terkena renjatan elektrik.

"Saya terpaksa berlakon seperti Cikgu Ayu iaitu Tiz Zaqyah, dan Tiz berlakon jadi Jojie iaitu watak saya. Ia perkara yang agak sukar kerana saya terpaksa melihat bagaimana Tiz membawakan watak tersbeut.

"Dia perlu baca skrip saya dan lakonkan dahulu untuk saya tiru, ia sangat sukar dan bayangkan ia dilakonkan untuk dua episod," ujarnya.

Nadiya berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Oh My English! Class of 2015 yang diadakan di The Bee, Publika, di sini, Khamis.

Selain Nadiya Nisaa dan Tiz Zaqyah, pelakon-pelakon tetap siri ini seperti Zain Saidin, Juzzthin, Juliana Evans, Zhafir Muzani, Roax Tan dan Kaameshaa masih dikekalkan.

Terdapat juga beberapa watak baharu dilakonkan oleh selebriti popular tanah air seperti Shaheizy Sam dan Cristina Suzanne, atlet gimnastik, Farah Ann Abdul Hadi, pemain bola sepak Tottenham Hotspur, Eric Dier dan model Amber Chia.


Cristina Suzanne


Sementara itu, Cristina Suzanne berkata, dia yang memegang watak Miss Nurul memberitahu cabaran utama adalah terpaksa memastikan bahasa Inggeris dalam dialog disebut dengan sebutan betul.

"Ini pertama kali saya bawa watak sebagai cikgu dan ia memang berbeza dengan watak saya sebelum-sebelum ini. Tapi mereka semua terima kehadiran saya dalam drama ini dengan baik.

"Cabaran utama ialah untuk berbahasa Inggeris aksen British yang mana perlu sebut betul-betul. Saya buat latihan dan baca skrip beberapa kali sebelum mula penggambaran," ujarnya.

Dalam pada itu, Penolong Naib Presiden Astro Tutor TV, Sharifah Noraidah berkata, maklum balas daripada rakyat Malaysia, siri ini berjaya merekodkan lebih lapan juta tontonan sejak musim pertama.

 

Barisan pelakon Oh My English! musim baharu.


Katanya, di rangkaian media sosial, Oh My English telah mencatat 18.9 juta tontonan YouTube, 641 ribu peminat di Facebook, 98 ribu pengikut di Twitter dan 44 ribu di Instagram.

"Dalam tempoh beberapa tahun ini merupakan satu perjalanan yang hebat buat keluarga Oh My English!, kami sentiasa fokus untuk menjadikan pembelajaran bahasa Inggeris lebih menarik dan menyeronokkan," ujarnya.

Episod baharu Oh My English! ini akan disiarkan di Astro TVIQ (saluran 610) dan Astro Maya HD (saluran 135), setiap Ahad, 6.30 petang bermula 1 November ini.


Tags / Kata Kunci: Tiz Zaqyah , Nadiya Nisaa , Oh My English!

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan