Polis Evo Kutip RM17.30 Juta, Penanda Aras Baharu Industri Perfileman Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 29 Oktober 2015 9:00 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Filem ‘Polis Evo’ lakonan Shaheizy Sam dan Zizan Razak berjaya mencatat sejarah dalam dunia perfileman Malaysia apabila mengutip RM17.30 juta selepas 42 hari ditayangkan di 83 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei.

Astro Shaw dalam kenyataan pada Khamis berkata, filem tersebut mencatat rekod sebagai filem tempatan paling laris dalam industri perfileman negara, sekaligus memecah rekod kutipan tiket paling tinggi pernah dipegang filem ‘The Journey’ yang meraih RM17.28 juta pada 2014.

Menurut Naib Presiden & Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar, kejayaan filem ini menjadi penanda aras baharu kepada industri perfileman negara.

“Meskipun industri perfileman tempatan mengalami masalah kutipan tiket yang suram di pawagam, namun masih ada beberapa karya mampu dibanggakan. Pihak Astro Shaw, termasuklah pelakon dan pekerja filem merasa bersyukur dan kami ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia serta rakan media yang sentiasa menyokong dan meletakkan filem Polis Evo di kedudukan rating tertinggi menerusi kutipan pecah panggung terbesar sepanjang zaman.

“Memandangkan kejayaan ini, Polis Evo berjaya menjadi penanda aras industri perfileman negara. Masyarakat Malaysia kini semakin peka dan bijak menilai kualiti sesuatu filem diterbitkan.

"Bagi 2016, semestinya Astro Shaw akan terus menerbitkan filem unik, berkualiti serta memberi lebih tumpuan terhadap bahan cerita dalam sesuatu karya itu. Kami berharap penonton akan kembali ke pawagam untuk memberi sokongan kepada filem tempatan," katanya.

Polis Evo merupakan filem bergenre aksi yang diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar dan karya asal oleh produksi Astro Shaw iaitu Joel Soh, Kyle Goonting dan Anwari Ashraf.

Filem ini memaparkan kisah dua anggota polis,  Khai (Shaheizy Sam) dan Sani (Zizan Razak) yang mempunyai personaliti yang sangat berbeza tetapi mereka harus bekerjasama untuk menjatuhkan sebuah operasi pengedaran dadah.

Tags / Kata Kunci: Polis Evo

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan