Awie Pertimbang Bantah Permohonan Nafkah Anak

Diterbitkan: Khamis, 29 Oktober 2015 1:07 PM

Rozana Misbun memfailkan permohonan sementara nafkah anak daripada suaminya, Awie pada 21 Oktober lalu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi Awie akan mengemukakan bantahan awal permohonan isterinya, Rozana Misbun yang memfailkan permohonan interim nafkah terhadap dua anak mereka pada 21 Oktober lalu.

Awie ketika ditemui media berkata, dia melalui peguamnya, Mohd Syafiq Norizan akan memasukkan bantahan awal tersebut pada 24 November depan selepas hadir pada sebutan kali pertama kes berkenaan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di sini pada Khamis.

Mohd Syafiq menambah permohonan itu nanti akan dibuat dihadapan pendaftar mahkamah selepas mendapati alasan dikemukakan Rozana selaku pemohon tidak jelas.

Rozana dalam tuntutannya meminta responden iaitu Awie membayar wang nafkah bulanan, perayaan, tempat tinggal, persekolahan dan kos pembantu rumah untuk dua anak mereka iaitu Putra Ahmad Rezzki, 7, dan Puteri Qasseh Antasha, 5 yang kini dibawah jagaannya.

Manakala anak sulung pasangan itu Putra Ahmad Merah, 8 tinggal bersama Awie.

Kes berkenaan didengar di dalam kamar dihadapan Hakim Syarie, Ibrahim Deris.

Rozana, 36, bagaimanapun tidak hadir pada prosiding berkenaan dan hanya diwakili peguamnya, Mohd Nor Afandi Dahari.

Pada 27 Januari lalu, mahkamah memberikan hak penjagaan sementara tiga anak pasangan itu kepada Rozana.

Awie dan Rozana berkahwin secara rahsia di Selatan Thailand pada 20 Jun 2005.

Tags / Kata Kunci: Rozana Misbun , Awie.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan