AIM 22 Ditunda Mei Tahun Hadapan

Diterbitkan: Khamis, 29 Oktober 2015 5:30 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Anugerah Industri Muzik ke-22 (AIM 22) akan ditunda pada Mei tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM, Rosmin Hashim berkata, penundaan itu bukan disebabkan wujudnya sebarang masalah sebaliknya melihat ia sebagai satu strategik.

"Pada kebiasaannya AIM akan diadakan pada penghujung tahun tetapi untuk edisi kali ke-22 acara berkenaan kami mengambil keputusan untuk menundanya pada tahun hadapan.

"Tambahan pula akan banyak acara anugerah berlangsung pada baki dua bulan tahun ini dan melihat penganjuran AIM 22 pada tahun hadapan sebagai paling terbaik," katanya kepada mStar Online.

Rosmin Hashim

Bagaimanapun kata Rosmin, pihaknya masih belum membuat keputusan tarikh khusus acara itu bakal berlangsung pada Mei tahun hadapan.

Dalam pada itu, Rosmin berkata, penundaan itu juga dapat memberi nilai eksklusif kepada AIM memandangkan pada tarikh baharu itu tidak ada acara anugerah lain dijangka bakal berlansung.

Rosmin berkata, pihaknya juga tidak merancang untuk mengadakan perubahan atau membuat penambahan pada kategori sedia ada.

"Hanya tarikh sahaja diubah dan selebihnya masa sama namun sekiranya ada perubahan pun ia bukan secara besar-besaran.

"Apa-apa pun pihak kami akan adakan sidang media lanjut bagi mengumumkan tarikh sebenar dan perkara berkaitan," ujarnya.

Sementara itu, Rosmin berkata, AIM masih membuka ruang kepada artis dan syarikat rakaman untuk menghantar pencalonan sehingga penghujung tahun ini.

"Pencalonan masih dibuka tetapi sehingga penghujung tahun ini sahaja dan kami tidak berhasrat untuk memanjangkan tempoh biarpun AIM hanya akan berlangsung pertengahan tahun hadapan," jelasnya.

Mula diperkenalkan pada tahun 1993, AIM kali terakhir diadakan pada Disember 2014 dengan menyaksikan penyanyi rap SonaOne memecah rekod apabila lagunya No More menjadi lagu Inggeris pertama menerima trofi Lagu Terbaik.

Tags / Kata Kunci: AIM 22 , Rosmin Hashim

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan