Tiada Cinta Antara Pekin Ibrahim & Jasmine Suraya Chin

Diterbitkan: Selasa, 27 Oktober 2015 1:11 PM

Pekin Ibrahim dan Jasmine Suraya Chin hanya sekadar teman biasa. Foto THE STAR/LOW BOON TAT.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Pekin Ibrahim menjelaskan dia tidak mempunyai sebarang hubungan cinta dengan pengacara program Piala Malaysia 2015 iaitu Jasmine Suraya Chin.

Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim, 34, berkata, kehadirannya bersama wanita berbangsa Cina itu pada tayangan perdana filem Juvana 2 pada malam Isnin lalu hanya sebagai teman biasa.

"Saya dan Jasmine tiada apa-apa hubungan dan kehadirannya bersama saya di majlis ini hanya sebagai teman biasa sahaja.

"Jika benar dia teman wanita saya, saya akan mengaku. Buat apa hendak sorok-sorok," katanya kepada mStar Online.

Pekin dan Jasmine hadir ketika tayangan perdana filem Juvana 2.

Selain Pekin, filem arahan Faisal Ishak itu menampilkan barisan pelakon seperti Johan As'ari, Zahiril Adzim, Adam Shahz dan Sheira Ayob.

Ia bakal ditayangkan di pawagam bermula 29 Oktober ini.

Dalam pada itu, Pekin berkata, buat masa ini dia lebih selesa dengan kehidupan solo selepas ikatan pertunangannya dengan aktres Uqasha Senrose berakhir pada Mei tahun lalu.

Malah kata Pekin, dia kini sibuk dengan kerja-kerja dibelakang tabir selain sedang memberi fokus kepada filem pertama arahannya berjudul Mat Motor.

"Sekarang sibuk dengan kerja dan tiada masa untuk berfikir soal cinta. Jika ada jodoh adalah," katanya ringkas.

Barisan pelakon filem Juvana 2.

Sementara itu, Jasmine, 25, yang turut ditemui berkata, dia selesa berkawan dengan Pekin dan menyifatkan lelaki berkenaan mempunyai perwatakan yang baik.

"Saya mengenali Pekin selepas dia pernah menelefon untuk memberi tawaran lakonan tetapi ketika itu saya terpaksa menolak kerana jadual padat.

"Bagaimanapun selepas itu hubungan kami semakin rapat sebagai kawan tetapi jarang berjumpa dan hanya berpeluang untuk bertemu dengannya seperti di acara ini," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Pekin memberitahu, dia teruja apabila ditawarkan untuk berlakon dalam Juvana 2 kerana karya tersebut mempunyai pengikutnya tersendiri.

Malah dia juga sudah lama teringin untuk bekerja dibawah arahan Faisal selain mengagumi barisan pelakon filem itu yang mantap.

"Saya bersyukur diberi tawaran dan dapat menjadi sebahagian daripada filem ini yang mempunyai pengikut tersendiri.

"Walaupun tidak diberi peranan utama saya tetap terima kerana jalan ceritanya berbeza dan didukung oleh pelakon berbakat besar," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan