Farid Kamil Tercabar Lihat Lakonan Nadiya Nisaa

Diterbitkan: Sabtu, 24 Oktober 2015 5:30 AM

Farid Kamil dan Nadiya Nisaa bergandingan dalam filem Love, Supermoon

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Farid Kamil berasa tercabar dengan bakat aktres Nadiya Nisaa dalam filem gandingan pertama mereka berjudul Love, Supermoon yang ditayangkan di pawagam bermula 22 Oktober lalu.

Farid, 32, berkata, ketika penggambaran babak pertama filem tersebut, pelakon wanita itu memberi persembahan yang baik hingga ia dirasakan mampu menenggelamkan wataknya sebagai Dr Razak dalam filem tersebut.

"Penggambaran filem ini pada tiga tahun lalu yang mana Nadiya Nisaa masih lagi pelakon baru dan belum dapat apa-apa anugerah pun namun, babak pertama dengannya sahaja saya sudah dapat rasakan dia pelakon yang bagus.

"Saya rasa tercabar dan takut kalau lakonan dia akan overshadow watak saya sehingga saya juga sentiasa beri yang terbaik," ujarnya kepada mStar Online.

Tambah Farid, ia merupakan kali pertama dia digandingan dengan pelakon wanita yang sangat berbakat sehingga mencabar dirinya sebagai pelakon berpengalaman.

Filem Love, Supermoon sudah berada di pawagam pada 22 Oktober lalu.

Bagaimanapun berbangga mempunyai peluang bergandingan dengan wanita itu dan mengakui Nadiya Nisaa layak menerima pelbagai anugerah biarpun masih baharu dalam dunia lakonan.

"Saya tidak prajudis kepada pelakon baru, tetapi kehadiran Nadiya Nisaa memberi impak sangat besar. Ketika babak budak sekolah, dia benar-benar datang seperti budak sekolah," ujarnya.

Sementara itu, Farid berkata, filem Love, Supermoon merupakan filem romantik lakonannya selepas empat tahun tidak keluar dengan genre tersebut.

Kata Farid, biarpun agak sukar untuk membawakan watak romantik budak sekolah, namun dia berpuas hati dengan lakonan tersebut.

"Alhamdulillah saya boleh bawa watak romantik itu lagi cuma bawa watak budak sekolah itu sahaja yang agak sukar kerana sudah lama meninggalkan alam persekolahan.

"Tapi bila tengok balik tadi saya rasa berpuas hati dengan lakonan saya itu," ujarnya.


Filem romantik mengisahkan tentang persahabatan lima orang sahabat sejak bangku sekolah sehingga ke zaman universiti, alam pekerjaan dan bagaimana mereka mula bertemu pasangan hidup dan mendirikan rumah tangga

Filem Love, Supermoon arahan Wan Hasliza turut membariskan pelakon-pelakon handalan termasuklah Rita Rudaini, Zain Saidin, Azhar Sulaiman, Anne Ngasri, Zain Hamid dan Razak Ahmad.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Farid akan berehat daripada sebarang aktiviti seni selama sebulan bagi menyambut kelahiran anak keduanya pada November ini.

Farid berkata, dia ingin memberi sepenuh perhatian kepada isterinya iaitu pelakon Diana Danialle bagi menanti saat-saat untuk melahirkan bayi kedua mereka.

"Bulan depan saya tidak ambil sebarang job berlakon kerana ingin memberi perhatian sepenuhnya terhadap isteri saya yang dijangka akan bersalin pada November ini.

"Kita tidak tahu tarikh yang tepat dia akan bersalin, jadi lebih baik saya buat persediaan awal," ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya tentang nama untuk bayi kedua pasangan itu, Farid berkata, mereka masih mencari nama terbaik.

Katanya, setakat ini ada beberapa nama pilihan, namun masih lagi belum memutuskan nama yang akan digunakan.
Tags / Kata Kunci: Farid Kamil

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan