Tontonan Berulang Punca 'Polis Evo' Kutip RM16 Juta

Diterbitkan: Jumaat, 23 Oktober 2015 5:30 AM

Polis Evo kini melebihi RM16 juta 34 hari tayangan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kejayaan filem Polis Evo yang mampu memperoleh kutipan RM16 juta selepas 34 hari tayangan adalah disebabkan faktor tontonan berluang oleh orang ramai yang menontonnya lebih daripada sekali.

Naib Presiden & Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar berkata, menerusi maklum balas yang diterima dan kajian yang dilakukan terdapat penonton yang menonton filem tersebut 11 kali di pawagam.

"Alhamdulillah filem itu masih ditayangkan dan hari ini (Khamis) sudah masuk hari ke 34 di pawagam sudah pun melebihi angka RM 16 juta.

"Menerusi survey dan maklum balas yang kami terima kebanyakkan penonton menonton lebih sekali di pawagam, ada seorang penonton yang ulang tonton sebanyak 11 kali," ujarnya kepada mStar Online.

Najwa ditemui pada majlis pelancaran filem terbaharu terbitan Astro Shaw Ola Bola yang diadakan di Stadium Merdeka, di sini, Khamis.

Gandingan mantap pelakon Shaheizy Sam dan Zizan Razak.

Tambah Najwa, Polis Evo juga filem pertama yang mendapat respons paling tinggi di laman sosial.

"Daripada semua filem terbitan Astro Shaw, Polis Evo adalah yang paling aktif dan menjadi topik perbualan di laman-laman sosial.

"Pengguna laman sosial internet memberi komen positif sehingga ia mempengaruhi pengguna laman sosial lain untuk menonton filem tersebut," ujarnya.

Selain itu, Najwa berkata, filem tersebut masih mendapat sambutan hangat di pawagam dan masih ditayangkan sebanyak 83 buah panggung di seluruh negara.

Dia berharap filem tersebut dapat menandingi kutipan filem terbitan syarikat produksi itu sebelum ini iaitu The Journey yang berjaya mengutip sebanyak RM17. 8 juta.

Sementara itu ditanya sama ada pihaknya akan menghasilkan sekuel filem tersebut disebabkan sambutan menggalakkan, Najwa berkata, perkara itu belum difikirkan lagi.

"Kalau nak hasilkan sekual sudah tentu kita perlu berhadapan dengan jangkaan penonton yang tinggi dan kami perlu sesuatu bahan yang lebih hebat.

"Buat masa ini kami tiada memikirkan lagi perkara itu, Insya-Allah kalau ada cerita yang baik, mungkin ia akan dibincangan," ujarnya.

Terdahulu Polis Evo lakonan Shaheizy Sam dan Zizan Razak berjaya mencatat kutipan memberangsangkan dengan jumlah RM8 juta selepas 11 hari ditayangkan.

Filem yang mula ditayangkan pada 17 September lalu adalah arahan Ghaz Abu Bakar merupakan gabungan karya Joel Soh, Kyle Goonting dan Anwari Ashraf.

Polis Evo merupakan filem yang memaparkan kisah dua anggota polis, Khai (Shaheizy Sam) dan Sani (Zizan Razak).

Kedua-dua pemuda itu mempunyai personaliti yang sangat berbeza tetapi mereka harus bekerjasama untuk menjatuhkan sebuah operasi pengedaran dadah.

Tags / Kata Kunci: Polis Evo , Zizan Razak , Shaheizy Sam

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan