Fezrul Khan Bersenam Elak Murung Akibat Perceraian

Diterbitkan: Khamis, 22 Oktober 2015 1:30 PM

Fezrul Khan

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Fezrul Khan mengambil pendekatan mengurangkan kemurungan yang dialaminya akibat peristiwa perceraian dengan menjalani aktiviti bersenam.

Fezrul atau nama sebenarnya Fezrul Khan Junaidi, 35, berkata, bersenam terutamanya melakukan kardio membuatkan rasa sedih jiwanya dapat dikurangkan seketika.

"Saya percaya bukan saya seorang yang mengalami masalah kemurungan kerana ramai yang turut berdepan dengan situasi itu.

"Macam saya, berlari setiap hari dapat mengurangkan rasa tekanan. Alhamdulillah, kemurungan itu dapat diatasi sedikit demi sedikit," katanya kepada mStar Online.

Fezrul ditemui pada majlis pra tonton filem Mirip di TGV One Utama di sini pada malam Rabu bersama barisan pelakon lain iaitu Reen Rahim dan Ezzaty Abdullah.

Fezrul dan Ezzaty pada majlis pratonton filem Mirip.

Pada 19 Ogos lalu, Fezrul mendedahkan sudah bercerai talak satu dengan isterinya, Noorhafizah Zulkafli, 31, di  Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat dekat sini.

Perceraian itu membuatkan Fezrul mengalami masalah kemurungan sejak akhir-akhir ini.

Sementara itu, Fezrul turut menyarankan kepada orang ramai yang mempunyai masalah sama agar dapat melakukan sesuatu untuk mencegah penyakit sebelum menjadi lebih serius.

"Kemurungan adalah satu masalah serius yang dialami ramai orang. Sekiranya ia berlaku, buatlah sesuatu. Selain berdoa kepada Allah, kita boleh bersenam atau berjumpalah dengan doktor psikiatri.

"Mungkin ada yang menganggap jika berjumpa doktor psikiatri, kita dianggap gila. Itu tidak benar! Sebaliknya ia dapat mengurangkan masalah yang kita hadapi," tuturnya.

Dalam pada itu, kata Fezrul, memandangkan jadual kerja lakonannya padat sehingga hujung tahun ini, ia juga salah satu cara untuk dia mengalih perhatian daripada memikirkan tentang masalah yang dihadapi.

Dalam perkembangan lain, Fezrul akan muncul menerusi drama Alif Iman (saluran TV9) bergandingan dengan Fasha Sandha dan Ummi Nazeera, serta Coklat, bersama pelakon Remy Ishak, Tengku Anis dan Fathia.

Tags / Kata Kunci: Fezrul Khan

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan