Amir (Ukays) Dibebaskan Miliki Pistol 'Tembak Cicak'

Diterbitkan: Khamis, 22 Oktober 2015 6:10 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Amir (Ukays) dibebaskan dengan jaminan polis atas tuduhan memiliki pistol selepas ditahan polis pada  Rabu.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy.

Bagaimanapun katanya, pihak polis akan menyiapkan kertas siasatan berhubung perkara itu sebelum diserahkan kepada Peguam Negara untuk diputuskan sama ada penyanyi tersebut perlu didakwa atau sebaliknya.

SILA KLIK: Amir Ukays Ditahan Polis Kerana Miliki Pistol


Terdahulu Amir atau nama sebenarnya  Mohd Amir Muhammad, 46, ditahan polis selepas dipercayai memilki senjata api pada kira-kira pukul 1.45 pagi Rabu.

Ketika pemeriksaan dilakukan polis menjumpai sepucuk pistol berwarna hitam yang tertera tulisan 'Walther CP99 Compact’ dengan nombor siri 12L20520.

Dia ditahan ketika memberhentikan kenderaannya di tepi susur masuk ke Kampung Chubadak, Sentul dekat sini.

Dalam pada itu Amir menerusi kenyataannya kepada sebuah portal berita berkata pistol berkenaan adalah pistol mainan milik anaknya yang diletakkan di dalam kereta untuk kegunaan bagi menembak cicak.

Amir juga sudah memaafkan pihak-pihak yang telah menyebarkan gambarnya ketika ditahan sehingga ia menjadi viral di laman sosial.

Tags / Kata Kunci: Amir Ukays

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan