Nabil Ahmad Rasa Bersalah Usik Kecacatan Caliph Buskers

Diterbitkan: Rabu, 21 Oktober 2015 6:00 AM

Nabil Ahmad. FOTO: BRIAN MOH

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelawak Nabil Ahmad melahirkan rasa bersalah kerana secara tidak sengaja bergurau terhadap kekurangan ahli kumpulan Caliph Buskers yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) dalam siaran langsung Gegar Vaganza Ahad lalu.

Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 31, berkata, dia sudah meminta maaf kepada kumpulan tersebut secara peribadi dan tidak berniat untuk mempermainkan kecacatan yang dialami oleh anggota kumpulan itu.

"Saya berasa terlalu bersalah dan menyesal sangat bila menyedari telah terlepas cakap tentang kecacatan kumpulan itu dalam program berkenaan.

"Sebelum orang kritik lagi saya sedar apa yang saya buat lawak itu salah dan saya berjumpa sendiri dengan anggota kumpulan itu untuk meminta maaf," ujarnya kepada mStar Online

Nabil ditemui pada sidang media Zikir Perdana, di Hotel Majestic, di sini, Selasa.

Dia diminta mengulas tentang pengacaraannya dikatakan keterlaluan apabila mempersendakan kumpulan Caliph Buskers di program realiti Gegar Vaganza, malam Ahad lalu.

Caliph Buskers

Dalam rancangan itu, semasa giliran Zul (Handy Black) membuat persembahan, Nabil telah bertanya mengenai lukisan di atas pentas dan dia telah menyamakan karya itu dengan kumpulan Caliph Buskers yang mana ahli-ahlinya adalah cacat penglihatan.

Kumpulan Caliph Buskers dianggotai oleh Azmi Saat (vokalis), Nirwan (pemain gitar), Zaki (pemain gitar/vokalis), Fendy (cajon/vokalis), Rubiana (shaker/vokalis).

Sementara Nabil berjanji akan lebih berhati-hati terutamanya apabila menyentuh hal berkaitan kekurangan seseorang.

"Saya memang akan berhati-hati dengan lawak-lawak yang menyentuh atau mempermainkan kekurangan orang lain kerana mereka juga ada perasaan," ujarnya.

Dalam pada itu, menjawab komen penonton yang menganggap lawaknya bersama   pengacara Jihan Musa terlalu kasar, kata Nabil ia salah satu kelainan untuk menjadikan program tersebut lebih segar.

Katanya, kebiasaan lawak-lawak yang bakal dilakukan bersama rakan pengacara akan dibincangkan terlebih dahulu.

"Bagi saya setiap program perlu kelainan dan sesuatu yang baru. Lawak antara saya dan Jihan sebenarnya kami sudah rancang apa yang hendak dicakapkan sebelum siaran langsung itu bermula.

"Saya akan beritahu apa yang akan saya cakap dan begitu juga dengan dia," ujarnya. 

 

Tags / Kata Kunci: Caliph Buskers , Nabil Ahmad

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan