Erma Fatima Akan Jenamakan 'Mak Cun'

Diterbitkan: Rabu, 21 Oktober 2015 5:45 AM

Mohammed Juhari (tiga dari kiri) bergambar bersama artis yang terlibat dalam pementasan teater Mak Cun di Istana Budaya. FOTO: Haziq Azimi

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penerbit dan pengarah Erma Fatima mahu menjenamakan Mak Cun sebagai sebuah karya yang dipelbagaikan bermula dengan telefilem, drama berepisod, teater, filem dan animasi.

Erma, atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad, 47, berkata, penerimaan penonton terhadap nama Mak Cun sehingga menjadi fenomena memberi peluang kepadanya untuk variasikan karya itu.

"Pada mulanya saya hanya menghasilkan Mak Cun sebagai sebuah telefilem biasa yang menceritakan tentang usahawan desa bedak sejuk dan kemudiannya menjadi drama sebanyak sembilan episod.

"Saya tak sangka ia mendapat sambutan yang menghangatkan. Saya sendiri tak pernah terfikir Mak Cun boleh menjadi fenomena apatah lagi ia turut menarik perhatian kanak-kanak.

"Jadi sebagai pengkarya dan ahli perniagaan saya mengambil peluang itu untuk menjenamakan Mak Cun," katanya.

Errma Fatima

Erma ditemui pada majlis pelancaran teater Mak Cun di Istana Budaya di sini pada Selasa.

Turut hadir barisan pelakonnya iaitu Nora Danish, Datuk Rahim Razali, Balkish Semundur Khan, dan Ungku Ismail.

Hadir sama Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani.

Dalam pada itu kata Erma, teater yang diterbitkan Rumah Karya Citra itu sebagai tanda penghargaannya kepada peminat-peminat Mak Cun.

"Saya harus menghargai para peminat Mak Cun dengan melahirkan teater pula.

"Memandangkan ia menjadi tarikan kanak-kanak, saya akan menjaga dialog watak Mak Cun agar ia sesuai ditonton semua pihak.

"Apa yang saya buat ini saya dedikasikan kepada usahawan-usahawan desa yang turut membantu menaikkan ekonomi negara ," ujarnya.

Teater muzikal ini bakal dipentaskan bermula 14 hingga 22 November depan.

Tiket berharga RM36, RM76, RM86, RM106 dan RM156 boleh dibeli secara atas talian dengan menghubungi redtix.airasia.com atau di kaunter Istana Budaya.
Tags / Kata Kunci: Erma Fatima , Mak Cun

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan