Treler Terbaharu 'Star Wars' Catat 2.7 Juta Tontonan Dalam Masa 6 Jam - Berita Hiburan | mStar

Treler Terbaharu 'Star Wars' Catat 2.7 Juta Tontonan Dalam Masa 6 Jam

Diterbitkan: Selasa, 20 Oktober 2015 4:22 PM

(Ubah saiz teks)

TRELER filem terbaharu Star Wars iaitu Star Wars: The Force Awakens mencatat tontonan luar baisa apabila ia berjaya mencecah 2.7 juta tontonan, selepas enam jam dilancarkan pada Isnin.

Pada Ahad lalu, Lucasfilm dan Diseney akhirnya mendedahkan kepada umum poster rasmi filem itu.

Pihak produksi itu juga mengjangkakan sambutan luar biasa sebaik trelernya dilancarkan dan ternyata tekaan itu tepat apabila tontonannya mencecah jumlah menakjubkan dalam masa beberapa jam.

Treler ini memberi pandangan yang luar biasa ke dalam watak-watak baru dan juga gambaran pertama daripada Millennium Falcon sejak Return of the Jedi!

Berdasarkan kepada beberapa saat treler ini, dapat dilihat siapa Kylo Ren dan John Boyega dan tentunya Star Wars: The Force Awakens  akan muncul dengan beberapa kejutan lain.

Filem ini akan mula ditayangkan pada 18 Disember depan dan tiket-tiket awalnya telah mula dijual untuk tempahan di Amerika Syarikat.

Tags / Kata Kunci: Star Wars
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan