Shuhaimi Lua Bakal Saman Syarikat Produksi RM168,000

Diterbitkan: Selasa, 20 Oktober 2015 12:30 PM

Shuhaimi Lua.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengarah drama, Shuhaimi Lua Abdullah bakal memfailkan saman terhadap sebuah syarikat produksi selepas gagal melunaskan bayaran sebanyak RM168,000.

Shuhaimi berkata, bayaran tersebut adalah untuk sebuah program berbentuk muzikal terbitan syarikatnya Tanah Beris Film Production Sdn Bhd. untuk sebuah stesen televisyen.

"Saya ambil keputusan untuk menyaman sebuah syarikat produksi yang kononnya ejen sebuah syarikat terbitan lain.

"Mereka gagal untuk membayar RM168,000 kepada pihak saya biarpun program itu telah lama siap," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.

Rancangan sebanyak 12 episod itu menampilkan artis seperti Datin Alyah, Nora, Lah VE, Fazli Zainal, Reez (AF), Nas Adila, Aesar Mustafa dan Siti Nordiana.

Dalam pada itu, Shuhaimi berkata, usahanya menuntut wang berkenaan gagal apabila pihak produksi berkenaan memberikan pelbagai alasan.

Jelas Shuhaimi, pihaknya telah menyiapkan rancangan berkenaan sejak Mac lalu namun sehingga ke hari ini mereka gagal melunaskan bayaran.

"Sebelum saya ambil keputusan untuk saman saya sudah berusaha untuk meminta bayaran tetapi pihak berkenaan memberikan pelbagai alasan sehingga hari ini," jelasnya.

Sementara itu, Shuhaimi berkata, peguamnya sedang menyediakan notis tuntutan kepada syarikat tersebut sebelum satu permohonan difailkan di mahkamah.

"Kami akan beri tempoh selama tujuh hari selepas Letter of Demand dikeluarkan agar syarikat itu melunaskan bayaran tersebut dan sekiranya gagal kami akan failkan kes di mahkamah," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Shuhaimi Lua

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan