Tidak Percaya Pengurusan, Keluarga Mahu Urus Akaun Zamani (Slam)

Diterbitkan: Selasa, 20 Oktober 2015 6:00 AM

Zamani bersama kakaknya, Zuraidah pada sidang media yang diadakan di Rumah Pengasih pada Isnin. FOTO: Low Boon Tat

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keluarga penyanyi Zamani (Slam) akan menguruskan kewangan artis itu selepas kurang percaya terhadap syarikat pengurusan Johan Aziz Production yang menguruskan Zamani selama 22 tahun.

Kakak penyanyi itu, Zuraidah Ibrahim berkata, syarat tersebut diberikan selepas Zamani berkeras mahu syarikat berkenaan terus menguruskan kerjayanya.

"Kalau diikutkan saya tidak setuju kerjaya dia diuruskan oleh pengurusan lamanya kerana sebelum ini banyak masalah timbul, namun saya hormati keputusan Zamani untuk menggunakan khidmat mereka lagi.

"Oleh itu kami ada sediakan perjanjian bertulis dan meletakkan beberapa syarat kepada pengurusannya terutama berkaitan akaun Zamani yang perlu diuruskan sepenuhnya oleh keluarga," ujarnya kepada mStar Online.

SILA KLIK: Zamani Muncul Jawab Isu Lari Dari Rumah Pengasih

Zuraidah ditemui pada sidang media yang diadakan di Rumah Pengasih, di sini, pada Isnin.

Dia diminta mengulas tentang perancangan kerjaya Zamani selepas keluar dari pusat pemulihan Rumah Pengasih.

Wajah terbaharu Zamani yang kelihatan lebih berisi berbanding sebelum ini.

Tambah Zuraidah, dia memberi kepercayaan tersebut selepas Zamani, 43,  berusaha meyakinkan keluarga untuk berada bawah pengurusan lamanya.

"Saya ingin pengurusan baru untuk kehidupan baru dia, tapi selepas dia meyakinkan saya untuk bersama dengan pengurusan lama, saya tidak boleh menghalang kehendak dia.

"Tapi kami mahu satu perjanjian yang jelas dan meminta pihak pengurusan menyerahkan hal berkaitan kewangan kepada keluarga terdekat sahaja. Hal-hal lain iaitu tentang persembahan nyanyian mereka yang akan uruskan," ujarnya.

Dalam pada itu, abang penyanyi itu Zulfazli berkata, keluarga mereka sentiasa menyokong apa juga tindakan yang dilakukan oleh Zamani.

Katanya, mereka akan sentiasa memantau perkembangan mengenai pemulihan Zamani selepas dia mengambil keputusan untuk keluar dari Rumah Pengasih.

Kami sekeluarga tidak pernah menghalang untuk dia keluar dari Rumah Pengasih dan gunakan khidmat pengurusan lama. Kami sentiasa sokong dan mahu melihat perkembangan pemulihan dia depan mata kami sendiri.

”Kami mahu terlibat dengan kerjaya dia kerana kami lebih rapat dengan dia. Kalau dulu orang tanya saya apa perkembangan Zamani, saya sendiri tidak tahu nak jawab sebab saya sendiri tidak tahu," ujarnya.

Sementara itu, pengurusnya Johan berjanji untuk menjaga kepercayaan dan tanggungjawab yang diberikan kepada pihak mereka bagi memastikan kerjaya Zamani berada di tempat yang betul.

"Saya akui ada kesilapan-kesilapan lama yang membuatkan keluarga mereka kurang percaya  , namun kita berusaha berubah dan memikul tanggungjawab untuk meletakkan Zamani pada jalan yang betul.

"Saya akan sentiasa mengambil pendapat keluarga terlebih dahulu jika apa-apa yang berlaku kepada Zamani," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Zamani Slam

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan