Bekas Pengurus Dedah Individu Sebenar Lakukan Gangguan Seksual Terhadap Tegar

Diterbitkan: Selasa, 20 Oktober 2015 5:45 AM

tegar

Tegar, penyanyi remaja dari Indonesia yang popular dengan lagu "Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang".

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Selepas dituduh cuba mencabul penyanyi Tegar dari Indonesia, bekas pengurus artis itu, Muhammad Arif Dollah tampil mendedahkan kisah lain apabila terdapat seorang individu telah melakukan gangguan seksual terhadapnya.

Muhammad Arif, 30, bagaimanapun berkata, perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Tegar ketika dia menguruskan penyanyi itu sebelum ini.

"Individu berkenaan saya kenal dan terlibat juga dalam industri hiburan dan saya terkejut apabila Tegar mengadu lelaki berkenaan melakukan gangguan seksual kepadanya.

"Bagaimanapun saya terkejut apabila perkara yang pernah dia beritahu kepada saya sebelum ini tiba-tiba berubah apabila Tegar mendakwa saya pula yang melakukan perkara tidak bermoral terhadapnya itu.

"Wahal sebelum ini dia sendiri mengadu kepada saya tentang perbuatan lelaki berkenaan tetapi saya tidak boleh ambil tindakan kerana tidak lihat dengan mata sendiri," katanya kepada mStar Online.

Muhammad Arif ditemui pada sidang media yang diadakan di Restoran Munif Hijaz Papero di sini, Isnin.

mStar Default Image
Muhammad Arif (kanan) semasa menguruskan aktiviti seni Tegar suatu ketika dulu.

Terdahulu, Muhammad Arif menerusi laporan mStar Online pada 27 September lalu mendedahkan pihak polis di Singapura telah menutup kes tuduhan gangguan seksual yang dibuat Tegar terhadapnya pada 18 September lalu.

Muhammad Arif memberitahu pihak polis mendapati kenyataan dibuat Tegar ketika disoal siasat bercanggah daripada laporan dibuat sebelum itu.

Media di Singapura pada hujung Mac lalu melaporkan Muhammad Arif telah ditangkap polis selepas pihak berkuasa negara itu menerima dua laporan berhubung gangguan seksual yang dibuat oleh Tegar dan bekas anak tirinya, juara Akademi Fantasia 2015, Sufi  Rashid.

Tambah Muhammad Arif, dia tidak akan mendedahkan identiti individu berkenaan namun akan memastikan pihak tersebut tampil membuat penjelasan.

Sementara itu, Muhammad Arif berkata, sejak kejadian itu dia tidak pernah berhubung dengan Tegar untuk menyelesaikan masalah tersebut kerana merasakan tiada keperluan berbuat demikian.

"Tiada sebab untuk berjumpa dengannya malah ia mungkin akan menimbulkan masalah lain pula nanti.

"Biarpun begitu saya tetap mendoakan kejayaannya kerana dia adalah seorang berbakat besar dan apa yang terjadi bukan salahnya tetapi atas hasutan orang lain," ujarnya.

Bagaimanapun kata Muhammad Arif, pihaknya akan tetap meneruskan saman sivil berhubung kenyataan palsu dibuat Tegar kepada pihak polis.
Tags / Kata Kunci: Tegar , Arif Dollah

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan