MIG Tak Beri Layanan Istimewa Kepada Azwan Kombos

Diterbitkan: Isnin, 19 Oktober 2015 5:50 AM

Azwan memberitahu masih menghadiri sesi uji bakat sebelum diterima berlakon dalam sesebuah filem.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Azwan Kombos menjelaskan tidak pernah diberi keistimewaan oleh pihak pengurusannya iaitu Metrowealth International Group (MIG) dalam mendapatkan peranan utama terbitan syarikat berkenaan.

Azwan, 30, sebaliknya berkata, dia masih perlu menghadiri uji bakat sebelum diterima sebagai pelakon dalam sesebuah karya termasuk filem terbaharu lakonannya, Badi.

"Menjadi artis dibawah naungan MIG tidak memberi jalan mudah kepada saya seperti mana sesetengah pihak fikir kerana saya masih perlu menghadiri sesi uji bakat sebelum diterima berlakon dalam sesuatu projek.

"Bagi saya perkara itu biasa bagi mana-mana pelakon meskipun filem itu terbitan syarikat pengurusan saya sendiri, ia tidak bererti saya dapat jalan mudah," katanya.

Selain Azwan, filem Badi arahan Eyra Rahman itu membariskan pelakon seperti Adiba Yunus, Hanif Safuan, Rashidah Jaafar, Sharisa Haris dan Navilya Husna.

Ia mula ditayangkan di pawagan sejak 15 Oktober lalu.

Dalam pada itu, Azwan berkata, walaupun sudah memegang peranan utama namun itu tidak bererti dia boleh berasa selesa kerana masih banyak perkara perlu dipelajarinya.

Malah kata Azwan, dia masih perlu membuktikan kemampuan diri sebagai pelakon agar tidak dianggap sekadar picisan dalam industri perfileman.

"Saya tidak boleh berasa selesa kerana masih banyak sasaran yang ingin saya capai sebagai pelakon selain perlu buktikan diri kemampuan diri saya sebagai seorang pelakon.

"Setakat ini masih banyak lagi perkara yang belum saya lakukan termasuk ingin mencuba berlakon dalam filem aksi," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Azwan berkata, selain filem Badi, dia kini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri Gila Tak Cinta bergandingan dengan Atikah Suhaime.

Tags / Kata Kunci: Azwan Kombos

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan