Yuna Bakal Muncul Album baharu Februari 2016

Diterbitkan: Ahad, 18 Oktober 2015 5:00 AM

Yuna

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persiapan album terbaharu penyanyi dan penulis lirik, Yuna hampir 90 peratus selesai dan dijangka akan menemui peminat pada penghujung Februari tahun hadapan.

Yuna berkata album kelima versi Amerika Syarikat (AS) itu bakal menampilkan sisi perwatakan beliau yang lebih berlainan dengan menekankan pengaruh elemen urban, RnB, dan irama hip hop yang lebih rancak dan segar.

"Walaupun terdapat banyak perubahan antaranya dari segi irama lagu, saya yakin bahawa pendengar yang mendengar lagu-lagu tersebut akan tahu itu adalah Yuna," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual eksklusif, di sini, baru-baru ini.

Bagaimanapun beliau belum lagi mengambil keputusan untuk mendedahkan nama dan jumlah lagu dalam album itu dalam masa terdekat ini.

Mengenai projek sampingan terbaharu buat para peminatnya di Malaysia, ujarnya, beliau kini masih dalam perancangan untuk menghasilkan lagu-lagu yang lebih berunsurkan humor dan mengusik.

"Dari segi budaya dan penerimaan muzik di sini (Malaysia), rakyat Malaysia lebih gemar dengan lagu yang dekat dengan kehidupan mereka contohnya seperti lagu Lelaki, Dan Sebenarnya dan lain-lain," katanya.

Sebelum ini, beliau telah mengeluarkan empat album Malaysia iaitu Yuna  (2008), Decorate (2010), Terukir di Bintang (2012), dan Material (2015) serta empat album AS iaitu Decorate (2011), Yuna (2012), Sixth Street (2013) dan  Nocturnal (2013).

Tags / Kata Kunci: Yuna

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan