Azlan (Typewriter) Tidak Akan Tukar Genre Untuk Terus Relevan

Diterbitkan: Sabtu, 17 Oktober 2015 6:00 AM

Azlan muncul single baharu berjudul Mata Hati.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Azlan (The Typewriter) tidak akan bertukar genre muzik bagi mengikut tren aliran muzik semata-mata untuk menjadi relevan dalam industri.

Azlan atau nama sebenarnya Nor Azlan Rosle, 33, berkata, dia akan terus memperjuangkan genre rock biarpun terpaksa menanggung risiko sama ada ia diterima atau tidak.

"Saya tetap dengan muzik rock dan tidak akan menukarnya mengikut tren muzik semasa semata-mata ingin terus berada dalam industri.

"Saya akui tren muzik sekarang pendengar dan radio lebih menerima lagu-lagu yang mudah didengar, tetapi saya juga percaya muzik rock tidak mati begitu sahaja. Genre ini masih ada pendengar tersendiri," ujarnya kepada mStar Online.

Azlan pernah rasa putus asa.


Azlan berkata demikian ketika diminta mengulas tentang perkembangan kerjaya nyanyiannya yang dilihat sedikit perlahan sejak kebelakangan ini.

Dalam pada itu, Azlan berkata, kelembapan industri muzik tempatan juga membuatkan dia pernah berasa putus asa dan terfikir untuk berundur dari industri dua tahun lalu.

Katanya, dalam tempoh dua tahun lalu dia banyak menghabiskan masa dengan perniagaan yang diusahakan disamping menghasilkan karya untuk penyanyi lain.

"Sekarang bukan lagi tren artis berkumpulan, Noh Hujan sendiri bergerak secara solo sekarang, cuma Akim & The Majistret sahaja yang berjaya menembusinya.

"Saya juga senyap dua tahun kebelakangan ini kerana menceburi bidang perniagaan, selain itu saya juga buat lagu untuk artis lain," katanya.

Dalam perkembangan lain, Azlan berkata, dia baharu sahaja keluar dengan single terbaharu berjudul Mata Hati yang menjadi lagu tema kepada filem Juvana 2.

Lagu ciptaanya bersama Omar K dan Audi Mok itu merupakan percubaan untuk dia kembali memperjuangkan genre rock selepas dua tahun berdiam diri.

"Lagu ini istimewa kerana bakal menjadi lagu tema filem Juvana 2 yang bakal ditayangkan pada 29 Oktober ini. Ia merupakan ciptaan saya bersama Omar K dan Audi Mok.

"Proses pembikinannya mengambil masa sebulan sahaja termasuk penggambaran video klip yang diarahkan oleh pengarah filem tersebut iaitu Faisal Ishak," ujarnya.

Tambah Azlan, lirik lagu Mata Hati yang berkisarkan tentang pemberontakan jiwa itu ditulis mengikut skrip dan jalan cerita filem tersebut.

 

Tags / Kata Kunci: Azlan & Type Writer , Juvana 2 , Mata Hati

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan