Pernah Leka Dalam Hidup, Adam AF Hasil lagu 'Mendekatimu'

Diterbitkan: Sabtu, 17 Oktober 2015 5:00 AM

Adam muncul dengan lagu terbaharu berjudul Mendekatimu. Foto AZMAN GHANI

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Adam (AF) berkata pengalaman lalu pernah leka dengan kehidupan dunia membuatkan dia menghasilkan lagu berbentuk kerohanian iaitu Mendekatimu.

Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 32, menyifatkan sikap leka tersebut pasti pernah dilalui orang lain dan kerana itu dia ingin mengingatkan sesama saudara Islam lain menerusi lagu berkenaan.

"Sebagai manusia, ada masanya kita gembira dan ada masa kita sedih. Tetapi bila gembira, kita lupa kepada Allah, bila sedih atau sedang dibelenggu dalam masalah, barulah kita ingat Dia.

"Saya percaya pasti ramai yang lalui perkara ini, begitu juga saya. Sebab itu saya hasilkan Mendekatimu.

Adam AF

"Selain mengingatkan untuk diri sendiri, saya dapat berdakwah kepada saudara Islam lain," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu tambahnya, dia bersyukur kerana sempat sedar daripada kelekaan itu untuk kembali ke jalan Islam.

Kata Adam, istimewanya Mendekatimu, lagu yang dihasilkan itu berkonsepkan balada pop dimana melodinya berbentuk mesra pendengar.

"Lirik yang saya hasilkan juga sangat mudah difahami. Cuma utuk lagu ini, saya tidak menari seperti konsep lagu sebelum ini.

"Video klip yang ditampilkan pun lebih menunjukkan kesederhanaan," tuturnya.

Dalam perkembangan lain, Adam juga akan muncul dengan sebuah lagu dance, berkolaborasi dengan kumpulan KRU.

Tags / Kata Kunci: Adam AF

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan