Fahrin Ahmad Fikir Panjang Sebelum Muat Naik Foto Di Instagram

Diterbitkan: Rabu, 14 Oktober 2015 5:30 AM

Fahrin Ahmad. Foto SAM THAM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jika segelintir selebriti popular sering menerima komen berbentuk negatif di Instagram mereka, pelakon Fahrin Ahmad pula sehingga kini jarang mendapat komen-komen buruk di akaun laman sosial itu.

Fahrin, 36, mendedahkan, antara perkara yang dielakkan ialah memuat naik gambar yang akan menimbulkan perspektif negatif kepada mana-mana pihak.

"Alhamdulillah, tak ramai yang meletakkan komen berbentuk kutukan di Instagram saya. Mungkin tipnya ialah, bila nak muat naik gambar, kita perlu berjaga-jaga.

"Walaupun memuat naik gambar dengan rakan-rakan, saya perlu teliti ada setiap ruang dalam gambar itu, adakah ia boleh mengundang persoalan dan kritikan.

"Gambar saya bersama rakan yang memegang vape pun saya takkan muat naik dalam Instagram. Saya cuba mengurangkan apa-apa sahaja yang boleh menimbulkan kontroversi," katanya kepada mStar Online.

Dari kiri (atas), Evan Siau, Fahrin, Will Quah, Belinda Chee, Chris Tong dan Emily Lim.

Fahrin diminta mengulas mengenai cara dia mengendalikan pengikut-pengikutnya di laman sosial sehingga menyebabkan dia jarang mendapat komen-komen negatif mereka.

Sementara itu, Fahrin berkata, selain terbabit dengan kerja-kerja lakonan, dia juga kini giat menerima jemputan sebagai selebriti undangan untuk beberapa ceramah motivasi.

Malah sepanjang tahun ini, Fahrin menerima lebih daripada 10 undangan bagi memberi ceramah kepada tetamu yang hadir.

"Sejak akhir-akhir ini diakui, saya menerima banyak undangan untuk memberi motivasi terutamanya kepada pelajar sekolah.

"Bagi saya tidak ada salahnya selebriti menjadi penceramah, asalkan ia berguna kepada para peserta. Lagipun ia lebih kepada perkongsian pengalaman dalam kerjaya.

"Tetapi saya tak ikut trend. Benda ini semua kebetulan. Saya rasa, biasanya selebriti sering diundang untuk berkongsi pengalaman dalam sesebuah majlis motivasi.

"Tetapi lama kelamaan selebriti akan menjadi mahir, jadi apa salahnya jika mereka juga membuat kerjaya sampingan memberi motivasi dan berkongsi pengalaman dengan orang ramai," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Fahrin kini menjadi duta kepada pusat kecantikan Clique Clinic bersama selebriti lain seperti Belinda Chee, Evan Siau, Emily Lim, Chris Tong dan Will Quah.

Tags / Kata Kunci: Fahrin Ahmad

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan