Artis Generasi Baharu Antara Peserta 'Gegar Vaganza 2'

Diterbitkan: Selasa, 13 Oktober 2015 5:30 AM

Para artis dan mereka yang terlibat dalam Gegar Vaganza musim kedua yang bakal bersiaran bermula Ahad ini. Foto THE STAR/HAZIQ AZIMI

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 12 penyanyi bakal berentap menerusi program Gegar Vaganza musim kedua pada konsert pertama pada Ahad ini.

Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata, daripada jumlah berkenaan beberapa peserta adalah penyanyi profesional generasi baharu.

"Berbeza dengan musim pertama, Gegar Vaganza pada tahun ini memperlihatkan program ini mula mendapat perhatian daripada artis namun pihak kami terpaksa memilih 12 terbaik sahaja.

"Musim terbaharu ini juga bukan sahaja artis-artis lama tetapi juga penglibatan penyanyi generasi baru dan ia memberi kepelbagaian kepada program tersebut tahun ini," katanya kepada mStar Online.

Imej terbaharu Azian Mazwan Sapuan.

Raqim ditemui pada sidang media program berkenaan di The Gardens Theater di sini, Isnin.

12  peserta yang bakal berentap adalah Nassier Wahab, Azian Mazwan Sapuan, Faradhiya, Amir Ukays, Ezylnn dan Siti Nordiana.

Turut serta Acong (Sweet Child), Sheeda, Nizam (Laksamana), Haiza, Zul (Handy Black) dan  Ezad Lazim.

Gegar Vaganza musim kedua akan bersiaran selama lapan minggu bermula Ahad ini secara langsung dari Auditorium, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Ia turut disiarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Dalam pada itu, Raqim berkata, format program berkenaan masih dikekalkan selain masih menggunakan juri profesional untuk menilai para peserta.

Malah katanya, persembahan para peserta akan berdasarkan tema mingguan.

"Gegar Vaganza tahun ini juga akan diadakan secara langsung selepas mendapat maklum balas positif pada musim lalu.

"Selain juri tetap kami juga akan menjemput juri jemputan bagi memberi warna kepada program tersebut," jelasnya.

Nassier Wahab turut mencuba nasibnya dalam Gegar Vaganza musim kedua.
Gegar Vaganza musim kedua masih menampilkan Datuk Khadijah Ibrahim dan Datuk Ramli MS.

Nabil Ahmad dan Jihan Muse pula bakal bertindak sebagai pengacara.

Juara Gegar Vaganza musim kedua bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara.

Manakala tempat ketiga dan keempat pula masing-masing bakal membawa pula sebanyak RM30,000 dan RM15,000.

Pada Gegar Vaganza musim pertama lalu, penyanyi Ayai (Ilusi) diumumkan sebagai juara.
Tags / Kata Kunci: Gegar Vaganza

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan