8 Peserta Berentap Ke Final 'Bintang Ai Minnal 2015'

Diterbitkan: Ahad, 11 Oktober 2015 4:30 AM

Hashmita Selvam

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA:  Lapan peserta bakal berentap dalam Pertandingan Akhir Bintang Ai Minnal 2015 di Auditorium RTM Perak pada 18 Oktober ini.

Ia akan disiarkan secara langsung pukul 9 malam di saluran TV2.

Pentas akhir itu menyaksikan keupayaan lapan peserta bertanding mendendangkan dua buah lagu ciptaan tempatan dalam Bahasa Melayu.

"Para peserta juga bakal diuji ketahanan vokal setiap peserta yang menjadi kayu pengukur kepada kehebatan artis-artis kelahiran RTM sebelum ini. 

"Pertandingan yang pernah diadakan buat pertama kalinya pada tahun 2010 ini  mengekalkan tradisi dalam pertandingan nyanyian dimana setiap persembahan peserta akan diadili oleh juri–juri profesional," kata satu kenyataan media kepada mStar Online.

Gui Yee Ping
Peserta yang bakal ke peringkat akhir itu ialah Chua Yung Qi,15, (Kota Tinggi, Johor), Gui Yee Ping, 33 (Rawang, Selangor) Kua Yan Min, 26, (Kuala Lumpur) Chor Yun Jia, 25, (Kedah), Woon Chai Shia, 33, (Kota Kinabalu, Sabah), J Susan A/P A.I.Josop, 34, (Johor Bahru) Hashmitha A/P Selvam, 16, (Melaka) dan Andrew Anthony A/L Anthony,20, (Batu Caves, Selangor).

Juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM7,000, naib juara, RM5,000 serta tempat ketiga iaitu RM3,000.

Manakala untuk Persembahan Terbaik akan menerima hadiah wang tunai  RM500. Selain itu, lima peserta memenangi hadiah saguhati setiap seorang iaitu sebanyak RM3,000.

Persembahan undangan pula menampilkan penyanyi Misha Omar dan Jaclyn Victor juga gandingan pengacara Muaz, Ivan Toh dan Terrence.

Bintang Ai Minnal 2015 merupakan usaha Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi stesen radio Ai FM dan Minnal FM bergabung tenaga bagi menerbitkan sebuah pertandingan nyanyian untuk melahirkan lebih ramai penyanyi bukan Melayu yang menyanyikan lagu-lagu Melayu seperti Dato’ Andre Goh, Kumpulan Alleycays, Jaclyn Victor, Suki Low dan Elizabeth Tan. 

Tags / Kata Kunci: Bintang Ai Minnal 2015

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan