Proses Pendigitalan RTM Selesai 2017

Diterbitkan: Sabtu, 10 Oktober 2015 5:30 AM

Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Strategik) Radio Televisyen Malaysia (RTM) Datuk Adilah Shek Omar (kiri) ketika majlis perkenalan 'RTM to the next level media screening 2016'.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Radio Televisyen Malaysia (RTM) menjangkakan peralihan sistem analog kepada pendigitalan stesen milik kerajaan itu selesai pada 2017.

Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran Strategik RTM, Datuk Adilah Shek Omar berkata, pihaknya optimis apabila proses itu selesai kelak ia akan memberi manfaat kepada penonton dalam menikmati visual dan program lebih berkualiti.

"Pendigitalan RTM tidak boleh dibuat dengan terburu-buru kerana banyak aspek yang perlu diberi penekanan dan sebab itu kami menjangkakan peralihan itu akan mengambil masa selama dua tahun.

"Bagiamanapun setakat ini proses berkenaan berjalan lancar dengan pelbagai persiapan sedang dilakukan," katanya.

Adilah berkata demikian ketika ditemui pada sidang media RTM Media Screening yang diadakan di Cathay E@Curve di sini, Jumaat.

Pada majlis berkenaan yang turut dihadiri oleh Pengarah Program TV RTM, Norliza Ali bertemakan RTM To The Next Level dengan memperkenalkan program-program terbaik di stesen itu tahun hadapan.

Dalam pada itu, Adilah berkata, sejajar dengan pendigitalan RTM, pihaknya bakal melancarkan empat saluran baharu menerusi penggunaan dekoder Set Top Box (STP) yang turut diperkenalkan selepas peralihan tersebut.

Jelas Adilah lagi, menerusi STP pelanggan tidak perlu membayar yuran langganan bulanan malah turut dilengkapi sistem 'Red Button' iaitu sistem interaktif dengan pelbagai informasi.

"Penonton akan menikmati saluran digital RTM dan beberapa saluran lain menerusi dekoder yang akan dilancarkan bagi mendapat kepuasan audio dan visual berkualiti tinggi.

"Ia akan dilancarkan secara berperingkat dimulai di negeri Pantai Timur, Sabah dan Sarawak sebelum di kawasan lain di Malaysia," ujarnya.

Sementara itu, bercakap mengenai program baharu yang bakal diperkenalkan RTM pada tahun hadapan, Adilah berkata, untuk TV1, 95 peratus program yang disediakan adalah diterbitkan sendiri oleh stesen berkenaan.

Manakala saluran lain RTM iaitu TV2 dan TVi memperlihatkan 60 peratus program terbitan produksi tempatan dan antarabangsa bakal disiarkan kepada penonton.

"RTM komited dalam memastikan kesemua program yang disediakan adalah berkualiti dan menepati kehendak penonton selain ia berinformasi," katanya.

Tags / Kata Kunci: RTM

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan