Nelydia Senrose Tidak Musuhi Qi Razali - Berita Hiburan | mStar

Nelydia Senrose Tidak Musuhi Qi Razali

Diterbitkan: Sabtu, 10 Oktober 2015 5:40 AM

Nelydia Senrose menjelaskan dia tidak memusuhi bekas kekasihnya, Qi Razali biarpun mereka telah berpisah.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Nelydia Senrose menegaskan tidak pernah memusuhi bekas teman lelakinya, Qi Razali walaupun hubungan cinta di antara mereka telah berakhir baru-baru ini.

Nelydia, 21, berkata, dia tidak mempunyai sebab untuk berbuat demikian namun tetap dengan pendiriannya untuk tidak mendedahkan punca sebenar perpisahan mereka.

"Kami berdua ingin fokus kepada kerjaya masing-masing dan perpisahan ini bukan bererti kami bermusuh dan masih berkawan.

"Apa pun sebab kami berpisah biarlah ia menjadi rahsia kami berdua kerana tidak mahu memperbesar-besarkan hal tersebut," katanya.

Nelydia ditemui pada majlis RTM Screening yang diadakan di Cathay E@Curve di sini pada Jumaat.

Hubungan cinta Qi dan Nelydia sudah berakhir.

Bagaimanapun kata Nelydia, dia tidak menolak sekiranya jodohnya dengan Qi panjang namun buat masa ini dia ingin memberi fokus kepada kerjayanya sahaja.

Dalam pada itu, Nelydia berkata, perpisahan dengan Qi banyak mengajarnya untuk tidak terlalu terbuka tentang soal peribadi kerana ia boleh mengundang kepada sepkulasi negatif kepada segelintir pihak.

"Bercerita salah, sorok pun salah tetapi saya fikir pada masa hadapan cukuplah benda-benda peribadi hanya untuk pengetahuan diri sendiri.

"Bukan apa bila terlalu banyak didedahkan kepada umum ia banyak menimbulkan spekulasi dan kebanyakan daripadanya tidak tepat," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Nelydia berkata, dia kini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri Lara Terindah selain bakal muncul dalam dua filem iaitu Kimchi Untuk Awak dan Bukan Kerana Aku Tak Cinta.

Tags / Kata Kunci: Nelydia Senrose , Qi Razali
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan