Hafiz Suip Jawab Punca Karier Semakin Hambar

Diterbitkan: Sabtu, 10 Oktober 2015 5:50 AM

Hafiz mengakui karier nyanyiannya kurang menyerlah pada tahun ini. Foto THE STAR/ROHAIZAT DARUS.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Penyanyi Hafiz Suip memberitahu karier nyanyiannya dilihat malap pada tahun ini ekoran tidak menerima sebarang undangan nyanyian sejak tujuh bulan lalu.

Hafiz, 25, berkata, perkara itu berlaku atas permintaannya sendiri kerana ingin memberi fokus kepada rawatan fisioterapi yang perlu dilakukan selama setahun akibat kecederaan pada bahagian tulang belakangnya (slipped disc) pada Januari lalu.

"Saya akui tahun ini karier saya kurang menyerlah dan sudah tujuh bulan tidak menerima sebarang undangan nyanyian sama ada untuk program televisyen atau pun majlis tertutup.

"Mungkin saya agak ketinggalan sedikit daripada rakan-rakan lain tetapi saya memilih untuk berehat dan fokus kepada rawatan fisioterapi yang berbaki beberapa bulan lagi," katanya kepada mStar Online.

Hafiz ditemui selepas rakaman program Gig MeleTOP Duo Bersama Hafiz dan Uriah See di Ruang, Shah Alam pada malam Khamis.

Hafiz bakal muncul dengan single terbaharu bersama Misha Omar pada November depan.

Tambah Hafiz, dia menganggap turun naik karier seseorang artis sepertinya adalah perkara biasa dan tenang dalam menghadapi situasi malap dalam kariernya.

Dalam pada itu, Hafiz mengakui, tunangnya, Nureffy Jasreel Abdullah, 22, pernah meluahkan rasa bersalah apabila ada segelintir pihak yang melihat pertunangan mereka sebagai punca kerjayanya merundum.

Bagaimanapun kata Hafiz, dia sentiasa menasihati wanita berkenaan untuk tidak berfikir sedemikian kerana rezeki seseorang itu terletak ditangan Allah.

"Semua ini berbalik kepada rezeki dan tidak ada kena mengena dengan saya bertunang. Jika ada yang tidak suka, saya tidak boleh berbuat apa-apa kerana saya juga berhak untuk mencari kebahagiaan sendiri.

"Nureffy ada menyatakan rasa bersalah tetapi saya sering beritahu kepadanya bahawa hubungan kami tidak ada kena mengena dan tidak mahu dia berfikir seperti itu," jelasnya.

Hafiz dan Uriah See ketika mengadakan persembahan di Ruang Shah Alam.

Hafiz dan Nureffy mengikat tali pertunangan pada 27 Februari lalu dan bakal disatukan sebagai suami isteri pada 14 Mei tahun hadapan di Kuching, Sarawak.

Sementara itu, bercakap mengenai Gig MeleTOP Duo, Hafiz berkata, mereka berdua telah menjelajah ke tujuh lokasi di seluruh Malaysia bagi mempromosikan produk terbaharu Ribena Pineapple dan Passionfruit untuk bertemu peminat.

Hafiz berkata, sebagai duta produk berkenaan mereka juga ingin menyebarkan kebaikan kepada orang ramai melalui muzik menerusi persembahan basking.

"Ia pengalaman yang cukup menarik kerana sebelum ini saya belum pernah mengadakan persembahan secara basking dan gandingan bersama Uriah menambah kemanisan jelajah tersebut.

"Program ini juga peluang kami untuk bertemu peminat selain turut mengagihkan produk terbaharu Ribena kepada penonton," jelasnya.

Uriah dan Hafiz duta produk terbaharu Ribena. 

Klip sedutan gig akustik berkenaan akan ditayangkan secara eksklusif di MeleTOP pada Selasa, 27 Oktober ini pukul 9.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Manakala persembahan penuh gig berkenaan akan ditayangkan pada Jumaat, 30 Oktober, 9 malam di saluran sama.

Dalam perkembangan lain, Hafiz berkata, dia bakal muncul dengan single duet terbaharu bersama Misha Omar iaitu Terima Ku Seadanya pada November depan.

Selain itu, dia juga sedang dalam proses mencari lagu untuk album terbaharunya yang dijangka berada di pasaran pada tahun hadapan.

Tags / Kata Kunci: Hafiz Suip , Gig MeleTOP Duo

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan