Lapan Negara Sertai Festival Orang Asli Di Taman Tasik Titiwangsa

Diterbitkan: Jumaat, 9 Oktober 2015 5:30 AM

Noraniza Idris antara artis yang akan membuat persembahan pada Festival Orang Asli bermula 23 Oktober 2015 nanti. FOTO: AZHAR MAHFOF.

(Ubah saiz teks)

AMPANG: Sebanyak lapan buah negara termasuk Malaysia akan mempromosikan keunikan budaya masing-masing sempena Festival Orang Asli Dan di Taman Tasik Titiwangsa, dekat sini dari 23 Oktober hingga 25 Oktober ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Datuk Norliza Rofli berkata, program ini bertujuan menarik kehadiran pelancong tempatan dan antarabangsa.

"Festival ini merupakan program yang julung kali dilaksanakan sempena Malaysia Year of Festival 2015, ia merupakan kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Datuk Norliza Rofli (tengah - lima dari kiri) bersama mereka yang terlibat dalam Festival Orang Asli.

"Selain Malaysia, festival ini bakal menghimpunkan Orang Asli dan peribumi dari pelbagai negara iaitu Ghana, Indonesia, New Zealand, Kanada, China, Filipina dan Thailand," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Festival Orang Asli dan Peribumi yang diadakan di Restoran Bambu, dekat sini, Khamis.

Tambah Norliza, festival tersebut juga bakal memaparkan keunikan budaya masyarakat Orang Asli dalam dan luar negara.

Katanya, program itu bakal mewujudkan jaringan masyarakat Orang Asli serantau yang kukuh serta menjadi salah satu elemen tarikan pelancongan sempena Festival Tahunan Malaysia 2015.

Selain itu, beberapa artis popular tempatan seperti Adira Suhaimi, Noraniza Idris, Itam Jelmol, Den Bisa dan Sahli Bahbola bakal membuat persembahan pada hari kedua festival berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Festival , JKKN

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan