Lelaki Dipenjara Tunjuk Kemaluan Depan Rumah Siti Nurhaliza

Diterbitkan: Rabu, 7 Oktober 2015 3:50 PM

Siti Nurhaliza

(Ubah saiz teks)

AMPANG: Tindakan seorang lelaki menunjukkan kemaluan di depan rumah penyanyi Datuk Siti Nurhaliza pada Ahad lalu membawa padah apabila dijatuhkan hukuman enam bulan penjara selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini pada Rabu.

Majistret Noor Farah Hazwani menjatuhkan hukuman itu terhadap Amiruddin Sulaiman, 49, selepas tertuduh gagal membayar denda sebanyak RM5,000.

Amiruddin didakwa menunjukkan kemaluannya kepada pembantu rumah Siti Nurhaliza di hadapan rumah artis itu di Bukit Antarabangsa, Ampang di sini pukul 5 petang pada 4 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Menurut fakta kes, Amiruddin dipercayai datang beberapa kali ke rumah selebriti tersebut dengan tujuan yang sama.

Terdahulu, peguam, Dony Abdullah berkata Amiruddin adalah seorang duda menganggur dengan dua anak berusia 19 dan 21 tahun.

Dony berkata ia juga merupakan kesalahan pertama anak guamnya.

Tags / Kata Kunci: Siti Nurhaliza

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan