Ramli MS Tidak Berat Sebelah Sering Puji Bila (AF 2015) - Berita Hiburan | mStar

Ramli MS Tidak Berat Sebelah Sering Puji Bila (AF 2015)

Diterbitkan: Isnin, 5 Oktober 2015 1:15 PM

Persembahan Bila tidak pernah mengecewakan pengkritik dan penonton. Foto Shaari Che Mat

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengkritik tetap Akademi Fantasia 2015 (AF 2015) iaitu Datuk Ramli MS menafikan dia bersikap berat sebelah dengan hanya memuji persembahan salah seorang peserta program itu, Bila.

Ramli berkata, dia tidak perlu bersikap prejudis kerana Bila sememangnya layak diberi pujian dan menyifatkan persembahan peserta itu tidak pernah mengecewakannya.

"Saya cakap benda yang betul. Persembahan Bila tidak pernah mengecewakan dan dia cukup sempurna sejak minggu pertama lagi.

"Kalau pelajar lain melihat pujian itu sebagai negatif, maka negatiflah ia. Tetapi sekiranya mereka melihat pujian saya itu satu benda yang positif, mereka pasti akan membandingkan diri dengan Bila dan berusaha lebih lagi.

"Lagipun mana-mana peserta yang tidak bagus, saya tak hentam, kerana tahu kemampuan mereka setakat itu sahaja. Tetapi saya akan kritik mana-mana peserta yang dilihat boleh diasah bakat mereka lebih lagi," katanya kepada mStar Online.


Syamel (dari kiri), Bila, Sufi dan Sharul berjaya ke final Akademi Fantasia 2015. Foto SHAARI CHEMAT

Ramli ditemui selepas konsert separuh akhir AF 2015 yang berlangsung pada malam Ahad di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini.

Pada konsert berkenaan, empat peserta iaitu Bila, Syamel, Sufi dan Sharul berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir manakala  Rachel dan Lisa pula diumumkan tersingkir.

Sementara itu, Ramli berkata, dia yakin persembahan daripada empat peserta yang dipilih itu akan menjadi sengit pada konsert akhir AF 2015 yang bakal berlangsung Ahad ini.

Ramli MS
"Saya takkan cakap peserta mana yang dijangka juara. Tetapi melihat empat peserta yang akan berentap pada final ini sudah membuatkan saya puas hati dan gembira.

"Dan kita dapat lihat persaingannya cukup sengit. Para peserta juga harus berusaha lebih kerana jika mereka kurang menyerlah, peserta lain yang akan ke depan," ujarnya.

AF 2015 bersiaran menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) sejak 2 Ogos lalu pukul 9 malam.

Rutin para pelajar menjalani kehidupan di akademi melalui liputan harian Diari AF 2015 pula disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 9 malam.

Konsert peringkat akhir AF 2015 akan berlangsung pada Ahad ini di Auditorium MBSA di sini pada pukul 9 malam.
Tags / Kata Kunci: Ramli MS , AF2015
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan