Hafiz Hamidun Diiktiraf Selebriti Muslim Berpengaruh Dunia

Diterbitkan: Isnin, 5 Oktober 2015 5:45 AM

Hafiz Hamidun.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Hafiz Hamidun menyifatkan pengiktirafan kepadanya sebagai selebriti Islam paling berpengaruh menerusi keluaran baharu majalah The Muslim 500 edisi 2016 memberi peluang untuk dia memperkenalkan diri dan karya muzik ke peringkat antarabangsa.

Pengiktirafan itu meneruisi The World's 500 Most Influential Muslims  bagi kategori Kesenian dan Kebudayaan.

Hafiz, 31, berkata, dia tidak sangka namanya dipilih memandangkan ramai lagi calon lain lebih berpengaruh berbanding dirinya.

"Alhamdulillah saya melihat pengiktirafan ini sebagai pembakar semangat untuk saya terus berjaya sebagai seorang penggiat seni muzik Islam.

"Walaupun saya tahu ada juga pihak mempertikaikan pemilihan ini, namun saya akan menunjukkan bahawa pengiktirafan yang diberi ini tidak sia-sia.

"Selepas ini saya juga akan menambahkan ilmu agama Islam terutamanya berkaitan dengan seni dan kebubudayaan Islam," katanya yang dihubungi mStar Online pada Ahad.

Siti Nurhaliza

Selain Hafiz, penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza turut mendapat pengiktirafan yang sama buat pertama kali.

"Alhamdulillah. Saya juga mendapat tahu hanya menerusi artikel dari media sosial serta ada peminat saya yang berkongsikan hal ini. 

"Apa yang boleh saya katakan adalah rasa berterima kasih dan dalam masa yang sama saya bersyukur, semoga saya terus istiqamah dan mampu menyumbangkan sesuatu kpd agama, bangsa dan negara," ujarnya.

Dalam pada itu, kumpulan nasyid Raihan juga mendapat pengiktirafan sama, namun mereka pernah disenaraikan dalam senarai The Muslim 500 sebelum ini.

Selebriti antarabangsa lain seperti Sami Yusuf, Maher Zain, Zain Bhika, Yusuf Islam dan Dawud Wharnsby antara selebriti yang mendapat pengiktirafan daripada majalah tersebut

The 500 Most Influential Muslims (atau lebih dikenali sebagai The Muslim 500) merupakan sebuah majalah tahunan (sejak 2009) yang menyenaraikan selebriti-selebriti Islam berpengaruh dunia.
Tags / Kata Kunci: Hafiz Hamidun , Siti Nurhaliza

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan