"Kurang Popular Perkara Biasa" - Baby Shima

Diterbitkan: Sabtu, 3 Oktober 2015 5:30 AM

Baby Shima kini tampil menerusi lagu baharu, Lelaki Lama. Foto AZMAN GHANI

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Baby Shima menyifatkan kegagalan mencipta populariti dalam industri hiburan meskipun sudah lebih tiga tahun di bidang muzik bukanlah perkara luar biasa sebagai seorang anak seni.

Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashimah Ramli, 23, berkata, ia menjadi lumrah buat seorang anak seni sebelum meraih kejayaan dan perkara itu membuatkan dia tidak pernah berniat mahu meninggalkan bidang nyanyian.

"Saya percaya ramai yang mempunyai pengalaman dengan dugaan yang lebih besar berbanding saya.

"Bagi saya adalah normal untuk kita bersusah payah dalam tempoh lama sebelum mendapat kejayaan. Perkara itu membuatkan saya terus bersemangat dan tidak pernah putus asa mengejar cita-cita menjadi seorang penyanyi berjaya," katanya kepada mStar Online.

Baby Shima

Baby Shima mula bertapak dalam industri seni selepas bergelar juara pertandingan Bintang Idola Berita Harian pada 2010. Dua tahun selepas itu, dia muncul dengan single lagu pertama Tak Sabar, di bawah naungan KRU Music dan dibantu oleh pihak pengurusan iaitu AiCO Empire Group milik Adam (AF2).

Sementara itu, Baby Shima berkata, sejak mendirikan rumah tangga pada 7 Jun lalu, dia sudah mula mengubah penampilannya dengan imej yang lebih matang.

Katanya, sudah tiba masa untuk melakukan perubahan sesuai dengan dirinya sebagai seorang isteri.

"Jika sebelum ini imej memakai gaun kembang dan reben di kepala seperti remaja muda, sekarang ini saya mahu ubah imej itu kepada yang lebih matang. Saya harap imej matang ini dapat diterima ramai," ujarnya.

Dalam pada itu, bersempena dengan perubahan imejnya itu, Baby Shima turut tampil dengan single lagu baharu berjudul Lelaki Lama, ciptaan Panji Sakti.

"Lagu ini menceritakan seorang lelaki yang berusia cuba memikat hati seorang gadis muda. Lagunya agak catchy dan mesra pendengar.

"Saya yakin ia dapat diterima ramai apatah lagu Lelaki Lama diciptakan oleh komposer hebat, Panji Sakti, yang tak pernah gagal setiap kali menghasilkan lagu," tuturnya.

Tags / Kata Kunci: Baby SHima

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan